KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 29 Mac 2020 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", dengan segera menyalurkan RM170,000 untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membeli peralatan dan bekalan perubatan tambahan bagi hospital-hospital terutamanya kakitangan penjagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan, membantu memastikan mereka dilindungi semasa penularan wabak COVID-19.

 

Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif, MSIG Malaysia berkata, "Kami amat prihatin terhadap kesejahteraan sesama rakyat Malaysia pada masa senang dan susah. Wabak COVID-19 kini telah menyebabkan tekanan luar biasa pada sistem penjagaan kesihatan kita terutamanya mereka yang berada di barisan hadapan yang berani mempertaruhkan kesihatan mereka sendiri demi menjaga keselamatan rakyat. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membuat sumbangan segera ini demi mengurangkan beban KKM dan membantu memastikan barisan hadapan kita dilindungi dengan baik, bagi membolehkan mereka melakukan tugas untuk menjaga semua orang."

 

"Kami berharap sumbangan ini mampu membawa perubahan yang ketara, bukan sahaja dalam menambah bekalan barisan hadapan tetapi juga untuk mendorong mereka supaya mengingati bahawa mereka tidak bersendirian dalam hal ini, dan semua rakyat Malaysia, entiti korporat dan juga individu, sedang memainkan peranan untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan kita yang sedang berada dalam keadaan tertekan ini - sekurang-kurangnya dengan mengikuti garis panduan KKM dan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah. Kita mesti terus bersatu sebagai sebuah negara sewaktu krisis ini supaya rakyat Malaysia boleh kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa secepat mungkin."

 

Bagi menzahirkan rasa terima kasihnya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, "Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, dan seterusnya, semua hospital dan pesakit amat menghargai budi baik MSIG Malaysia sebagai organisasi korporat yang prihatin."

 

MSIG Malaysia juga telah menyediakan Laman Facebook mereka (https://www.facebook.com/MSIGmy) untuk kakitangan dan rakan-rakan kongsi mereka menghantar kata-kata dorongan kepada kakitangan  penjagaan kesihatan dengan meletakkan 'tag' kepada Kementerian Kesihatan. Ini menunjukkan semangat kebersamaan dan peringatan kepada semua untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, dan menunjukkan rasa penghargaan mereka kepada pekerja penjagaan kesihatan di barisan hadapan.


Talk to Media OutReach today

Let Media OutReach help you achieve your communication goals. Send an email to info@media-outreach.com or click below. You will receive a response within 24 hours.

Contact us now