Pusat Beli Belah IPC Kini Terkenal Sebagai Destinasi untuk Keluarga Menjamu Selera



Pusat yang mesra komuniti ini menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan dan bersantai

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 11 November 2019 - Pusat Beli-belah IPC menawarkan lebih banyak pilihan destinasi menjamu selera kepada para pengunjung, khususnya untuk masyarakat setempat di Mutiara Damansara dengan membuka lima buah restoran baharu dengan tambahan ruang berkeluasan 10,000 kaki persegi.





Bukan sahaja untuk membeli belah, pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk menjamu selera di pusat membeli belah IPC kerana jumlah restoran di dalam pusat membeli belah IPC kini berjumlah 48 buah kesemuanya. Pilihan makanan dan minuman yang luas inilah yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung untuk berkunjung ke IPC.

           

"Kita dapat saksikan peralihan kehendak pengguna dalam aktiviti membeli-belah dan mengisi masa lapang mereka," kata Arnoud Bakker, Ketua Sewaan, Pusat Beli-Belah Ikano, sebahagian dari IKEA Southeast Asia. "Warga Malaysia sentiasa inginkan makanan yang unik dan lazat dan kami sedang bekerjasama dengan ramai rakan kongsi yang hebat dan terkenal untuk membuktikan yang IPC mampu memenuhi citarasa mereka yang datang berkunjung".

 

"Apa saja yang anda inginkan, samada anda mahu menikmati juadah yang santai bersama teman-teman, makan malam istimewa bersama yang tercinta ataupun menganjurkan majlis pertemuan semula dengan rakan-rakan lama, segalanya boleh didapati di sini. Ada makanan tradisi Malaysia, Jepun, Thai, Barat dan macam-macam lagi,"

 

Pengunjung IPC telah meningkat 28% selepas RM200 juta dilaburkan untuk pembangunan yang melibatkan penjenamaan semula dan baik pulih dalam dan luar pusat beli-belah ini. Tempat makan diluaskan keempat-empat aras serta taman luar dibina di hadapan bangunan IPC bagi mewujudkan suasana al fresco yang sememangnya menjadi trend terkini.

 

Senarai penyewa baru di IPC termasuklah restoran segera kegemaran rakyat tempatan, Burger King dan One De Land, restoran yang menyajikan hidangan fusion dan telahpun mempunyai lapan cawangan di seluruh Malaysia. Pengunjung yang berhajat untuk makan makanan Cina-Muslim boleh berkunjung ke restoran Queen @ Shanghai Night. Cef atau penggemar bidang masakan pula boleh berkunjung ke Salute, yang menjual pelbagai bahan masakan premium seperti kaviar dan safron. Sebagai pilihan tambahan kepada pengunjung bukan Muslim, sebuah medan selera yang menyediakan makanan tidak halal juga akan beroperasi di pusat beli-belah ini tidak lama lagi.

 

Maklumat tentang Penyewa Baharu

the Queen @ Shanghai Night (Baru dibuka pada 16 Oktober 2019)

Lokasi di Aras 1 (Lot I.19)

Sebagai restoran yang baru pertama kali beroperasi di Malaysia, the Queen menghidangkan juadah Cina-Muslim yang sungguh luar biasa dan menyelerakan.

 

Salute (Akan dibuka pada 11 November 2019)

Lokasi di Aras G (G.25)

"Salute" ialah sebuah platform yang menawarkan pelbagai jenis rempah-ratus dan bahan-bahan masakan premium kepada peminat dunia masakan. Mereka membekalkan kaviar terbaik yang didatangkan terus dari Iran, safron dari Sepanyol, pelbagai jenis biskut enak yang diperbuat dari Itali serta madu asli berkualiti dari Pergunungan Caucasus yang terletak di antara Rusia, Georgia dan Azerbaijan.

 

Burger King (Akan dibuka pada penghujung 2019)

Lokasi di Aras G (G.29)

Burger King ialah salah sebuah restoran makanan segera yang paling digemari di Malaysia dan cawangannya di IPC ialah cawangan yang ke-100.

 

Muzeum Palace (Akan dibuka pada penghujung 2019)

Lokasi di Aras 1 (L1.13)

Sebuah medan selera (Tidak Halal) yang menyajikan aneka hidangan tempatan yang terkenal seperti itik panggang, mi udang dan lain-lain. Kuey Tiaw goreng dengan isi ketam dan udang mantis yang dijual di Damansara Uptown dan pernah menjadi tular turut akan membuka gerainya di sini.

 

One De Land (Akan dibuka pada Januari 2020)          

Lokasi di Aras 1 (Lot I.15)

Menyediakan hidangan fusion, dengan kombinasi barat dan Asia, One De Land menawarkan kelazatan sajian seperti mi daging dan hot pot. Ini juga merupakan cawangan pertama mereka di Petaling Jaya.

 

Dilema Biasa Orang Kita -- Mana dan apa nak makan?

Berbekalkan 16 tahun pengalaman, IPC telah menyelesaikan masalah "Mana nak makan?" dengan aplikasi mudah alih -- IPC 'Mood Menu'. Menggunakan pilihan muzik sebagai tetingkap kepada mood pelanggan, aplikasi tersebut akan memberi cadangan makan di mana bergantung kepada senarai lagu di Spotify seseorang itu. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 50,000 kali dan memenangi 9 anugerah pemasaran. Bagi memberitahu khalayak ramai tentang makanan yang ditawarkan, IPC telah melancarkan video-video pendek untuk berkongsi info mengenai aneka juadah dengan harga berpatutan yang terdapat di IPC.

 

"Makanan sering menjadi topik utama perbualan kita," kata Pengurus Pusat, Karyn Lim. "Menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan yang memenuhi citarasa para pengunjung adalah salah satu cara kami mengotakan janji yang terkandung dalam slogan kami, 'So Much More'. Hari ini, 99% lot di Pusat Beli-belah IPC telah dipenuhi yang ia merangkumi 145 buah kedai dan restoran yang menawarkan pelbagai pilihan baik di luar premis ala al-fresco kami mahupun di keempat-empat aras premis ini. Kami bukan sekadar tempat untuk membeli-belah malah kami juga adalah pusat pertemuan komuniti dan kini kami melangkah setapak lagi menjadi destinasi kepada para pencinta kuliner".




The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About IPC Shopping Centre:
About IPC Shopping Centre:

Malaysia's first shopping centre anchored by IKEA, IPC is a sub-regional shopping centre located in the heart of a mixed development of offices, hotels, residential and other retail businesses known as Mutiara Damansara Commercial Centre. Opened in December 2003 and redeveloped in 2018, we are home to 145 tenants that make IPC a hub of the local community and welcome an average 15 million visitors per year. We are a part of a portfolio of three shopping centres anchored by IKEA and owned by IKEA Southeast Asia.

SOURCE:

IPC Shopping Centre

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

11 Nov 2019

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW