MSIG Cipta Produk Insurans Kebakaran Khusus Bagi Perusahaan Sosial, Bermula Dengan EPIC Homes



Inisiatif ini menjadi Rangka Tindakan bagi Kerjasama Masa Depan dengan Perusahaan Sosial – Menyediakan Insurans Mampu Milik kepada Komuniti Berpendapatan Rendah

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 28 Mei 2019 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", syarikat insurans kebakaran kedua terbesar di Malaysia, telah merangka pakej insurans kebakaran yang dicipta khas untuk rumah Orang Asli yang dibina oleh Perusahaan Sosial Epic Homes. Epic Homes menyediakan landasan untuk penaja membiayai rumah untuk Orang Asli dan menggalakkan insan dari segenap lapisan masyarakat agar bersama-sama meningkatkan taraf hidup Komuniti Orang Asli, lantas merapatkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar.  Setakat ini, Epic Homes telah membina 140 rumah di serata Malaysia.


Untuk memastikan MSIG Malaysia memahami ekosistem pembinaan Epic Homes, 33 kakitangan telah dihantar untuk melibatkan diri secara langsung dalam projek pembinaan rumah. Menerusi kerjasama dengan Epic Homesdi lokasi, MSIG Malaysia dapat memahami operasi Epic Homes dan  mengenalpasti potensi risiko dan keperluan insurans bagi tiga pihak berkepentingan utama yang terbabit -- melindungi hasil kerja Perusahaan Sosial, Orang Asli selaku pemilik rumah dan kos pembinaan yang disumbang oleh  penaja korporat / individu. Berasaskan pengalaman yang ditimba ini, MSIG Malaysia telah merangka pakej insurans kebakaran khusus untuk memastikan kelestarian Rumah Orang Asli yang dibina oleh Epic Homes.


Epic Homeskini menawarkan pakej insurans khusus untuk penaja korporat dan rakan kerjasama, termasuk mereka yang telah membantu dalam pembinaan sebanyak 136 Rumah Orang Asli sebelum ini -- untuk membolehkan mereka menaja insurans bagi rumah-rumah ini yang pada masa ini tidak dilindungi insurans. Epic Homesjuga menggalakkan rakan kerjasama  untuk membantu membiayai pakej insurans kebakaran bagi kesemua Rumah Orang Asli pada masa akan datang, seterusnya menyumbang kepada kelestarian projek-projek ini, sementara memberikan ketenangan jiwa kepada pemilik rumah Orang Asli sebagaimana yang diberikan kepada pemilik rumah lain menerusi insurans.


En. John-son Oei, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Epic Homesberkata "Kami amat gembira untuk berganding bahu dengan MSIG Malaysia yang berkongsi matlamat yang sama dengan  kami untuk membangunkan projek pembinaan rumah  bagi komuniti Orang Asli. Semua rakan kerjasama kami membawakan sesuatu yang berbeza dan berharga, begitu juga MSIG Malaysia. Produk insurans kebakaran yang khusus ini akan menjadikan projek kami lebih lestari, dan memberikan jaminan kepada penaja -- dan  seterusnya memanfaatkan penghuni Orang Asli."


En. Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Epic Homes dalam projek yang amat bermakna ini dan telah menimba banyak pengajaran sepanjang penglibatan kami. Pengalaman daripada projek ini telah membolehkan kami mencipta produk Insurans Kebakaran unik bagi komuniti berpendapatan rendah . Kami bercadang untuk menawarkan produk insurans kebakaran ini kepada mana-mana Perusahaan Sosial / NGO yang menggunakan model pembangunan serupa untuk membina rumah, sekolah atau mana-mana bangunan kepada  komuniti berpendapatan rendah."


En. Chua Seck Guan menyambung, "Sebagai salah sebuah syarikat insurans kebakaran utama, kami gembira untuk berganding bahu dengan Epic Homes untuk mencipta pakej insurans khusus ini.  Membina rumah yang selamat untuk komuniti berpendapatan rendah  merupakan matlamat kami, justeru pasukan yang bertanggungjawab dalam projek ini adalah bersemangat dan bersungguh-sungguh. Berkat usaha mereka, Epic Homesdan para penajanya boleh membina rumah yang selamat bagi keluarga-keluarga yang mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya. Ini adalah sejajar dengan sokongan kami terhadap inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Matlamat  11) -- menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan"


Video pembinaan rumah untuk Orang Asli  yang pertama oleh MSIG Malaysia dengan  Epic Homesboleh ditonton di YouTube di URL berikut: https://www.youtube.com/watch?v=hlbrIHT0HCY&feature=youtu.be




The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh** syarikat insurans am terulung di dunia.


Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,   MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1 dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.


Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Pengiktirafan tersebut termasuk anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia. MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmen kami kepada kecemerlangan pelanggan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015, sebagai tanda penghargaan atas usahanya menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalamm Pengurusan Risiko Perusahaan.


Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari www.msig.com.my atau facebook.com/MSIGMalaysia .


*Pada Dis 2018

**Fortune Global 500, 2018.

SOURCE:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

CATEGORY:

Insurance

PUBLISHED ON:

28 May 2019

Past Press Releases

MORE
#Insurance #Automobile

27 April 2023

MSIG Launches "EZ-Mile" Motor Add-On

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW