Penanggung Insurans Am yang Pertama Melancarkan Produk Inovatif
untuk Penghidap Pra-Diabetes dan Diabetes Jenis 2
Pemegang Polisi
Akan Diberikan Ganjaran Jika Menguruskan Keadaan Diabetes Dengan Berkesan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media
OutReach - 23 April 2019 - MSIG
Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)" telah melancarkan insurans khusus
untuk peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang bertambah yang didiagnosis dengan
penyakit Pra-diabetes dan Diabetes Jenis 2.
MSIG Gluco
SafeGuard mengenal pasti bahawa berjuta rakyat Malaysia yang menghidap Pra-diabetes
dan Diabetes Jenis 2 menghadapi kesukaran untuk mendapat perlindungan insurans
kesihatan, kerana kebanyakan polisi insurans kesihatan tradisional
mengecualikan penyakit sedia ada (keadaan perubatan yang diketahui sewajarnya
oleh Orang yang Diinsuranskan sebelum pembelian insurans).
Insurans
Gluco SafeGuard memberi perlindungan komprehensif untuk pelbagai penyakit dan
rawatan sama seperti yang ditawarkan oleh pelan insurans biasa, tetapi ditambah
dengan perlindungan dan jaminan kepada pesakit diabetes. Gluco SafeGuard telah dirangka
khusus untuk memberi lebih ketenangan fikiran kepada pesakit diabetes, yang mungkin
boleh dibebani dengan ketidakpastian dan kos tambahan, serta komplikasi
tuntutan apabila melanggani polisi insurans kesihatan biasa, lebih-lebih lagi
jika diabetes menjadi faktor penyebab penyakit dan rawatan mereka.
Satu lagi
ciri utama insurans Gluco SafeGuard MSIG ialah ianya disertakan secara inovatif
bersama dengan akses premium percuma ke Aplikasi Pengurusan Diabetes
(Health2Sync) yang diperuntukkan untuk membantu pemegang polisi memantau dan
menguruskan diabetes mereka dengan berkesan.
Akses premium ke aplikasi Health2Sync, akan
membolehkan pemegang polisi memantau sendiri dengan menjalankan ujian glukosa
darah dan hemoglobin mereka secara tepat dan tetap pada waktunya. Ia juga akan
mengesyorkan gaya hidup dan diet yang sihat untuk membantu pemegang polisi
mencapai paras gula darah yang lebih sihat. Pemegang polisi yang bertanggung
jawab dan konsisten melakukan ujian mereka dan merekodkan hasilnya dalam
Aplikasi itu sendiri boleh menikmati pengurangan premium sehingga 40% semasa
pembaharuan polisi seterusnya, tertakluk kepada kriteria kelayakan dan taja
jamin.
Aplikasi
ini diperuntukkan untuk menggalakkan disiplin diri dalam pengurusan kesihatan,
yang membezakan Gluco Safeguard dengan beberapa tawaran insurans berkaitan
diabetes lain yang bergantung hanya pada satu ujian terlebih dahulu sebelum
pembaharuan polisi. Gluco SafeGuard memberi ganjaran kepada pemegang polisi
yang mengekalkan gaya hidup sihat secara konsisten dan tidak semata-mata untuk
jangka masa yang singkat. Satu lagi perbezaan utama produk MSIG ialah tiada
insurans bersama (perkongsian kos penjagaan kesihatan antara Orang yang
Diinsuranskan dengan Syarikat Insurans) yang perlu ditanggung oleh pemegang
polisi semasa kemasukan ke hospital.
Malaysia mempunyai kadar tertinggi Diabetes di Asia
dan salah satu daripada yang tertinggi di dunia. Menurut angka yang dikeluarkan
oleh International Diabetes Federation (IDF), kini (2019) terdapat kira-kira
3.6 juta orang dewasa yang didiagnosis menghidap penyakit diabetes di Malaysia,
meningkat dari 3.5 juta pada tahun 2017. Di samping itu, diagnosis penyakit
diabetes ke atas orang dewasa di antara umur 18 dan 35 telah meningkat sebanyak
300% dalam tempoh 15 tahun yang lalu, menurut kenyataan Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, 27 Mac 2019, The Malaysian Reserve.
Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif,
berkata "Diabetes jelas merupakan masalah besar di Malaysia, sebab itulah
kami memilih untuk melancarkan produk Gluco SafeGuard yang berinovatif ini yang
direka khusus untuk pesakit pra-diabetes dan diabetes jenis 2. Objektif kami
bukan sahaja memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan kami supaya mereka
dapat menangani kerumitan akibat kewangan yang meningkat, tetapi juga
menyediakan alat untuk membantu mereka memahami dan mengurus keadaan dengan
cara yang berkesan. "Encik Chua menjelaskan, "Di MSIG kami 'mengamati
erti untuk setiap perkara yang anda hargai' dan kerana itulah kami rasa
tanggungjawab untuk menggalakkan dan memberi pelanggan kami membuat pilihan
untuk mengurangkan kesan keadaan mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik
untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Inilah sebabnya kami menyediakan penggunaan
keahlian premium percuma di Aplikasi Health2Sync sebagai sebahagian daripada
dasar 'Gluco SafeGuard', disertakan dengan beberapa ganjaran untuk menggalakkan
penggunaannya. Kami berharap pendekatan ini bukan sahaja akan memberi manfaat
secara langsung kepada pelanggan kami, tetapi juga sedikit sebanyak memainkan
peranan dalam membantu negara menangani wabak diabetes."
Maklumat lanjut mengenai polisi insurans
'Gluco SafeGuard' MSIG, anda boleh mengklik untuk melihat video ciri produk di
sini:
https://youtu.be/pOnzaTF2zEk. Pihak yang berminat juga boleh menghubungi Penasihat Insurans MSIG
atau layari www.msig.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.