ZF Aftermarket Sokong Solusi Sesuai bagi Asia Tenggara di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2024



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 10 Mei 2024 – ZF Aftermarket, terkenal dengan solusi-solusi sistemnya yang komprehensif, telah merungkaikan beberapa inovasi yang bakal menjadi mercu tanda dalam industri kenderaan komersial. Dengan legasinya yang cemerlang dalam arena e-mobiliti dan juga digitalisasi, ZF Aftermarket telah melancarkan sekumpulan produk baharu untuk mengakhiri penantian ramai, dirumus khas bagi memenuhi standard keperluan kenderaan komersial yang tinggi.

ZFA Spokeperson

"Rangkaian produk kami yang terbaharu memberi penekanan kepada pendekatan proaktif kami terhadap trend permintaan yang kian berubah dalam industri kenderaan komersial. Kami telah mengumpulkan kepakaran global kami untuk menjuruterai solusi-solusi yang sesuai dengan cabaran iklim dan operasi yang unik bagi pasaran Asia Tenggara. Inisiatif ini membuktikan bahawa barisan produk kami bukan sahaja responsif terhadap keperluan industri semasa tapi juga berada selangkah di hadapan, dengan mengunjur dan mencorak hala tuju alaf mobiliti yang baharu," ujar Chee How Teoh, Ketua Unit Bahagian Pascapasaran Asia Pasifik di ZF Aftermarket.

SACHS, Sistem Klac Inovatif

Mengintegrasikan teknologi kejituan Jerman pemahaman pasaran tempatan, sistem klac terbaharu ini menaikkan tanda aras bagi kecekapan operasi dengan interval penggantian lebih lama yang menjangkau 700,000km, mencerminkan komitmen ZF Aftermarket terhadap kecekapan, ketepatan dan prestasi berkekalan.

SACHS, Penyerap Hentak Serba Canggih

Satu lagi anjakan teknologi dilihat dalam aspek kestabilan dan keselamatan kenderaan menerusi komponen penyerap hentak yang baharu, ia bukan sahaja meningkatkan jangka hayat tayar tapi juga mengurangkan kehausan tayar akibat kemerosotan penyerap hentak. Dengan mengurangkan jarak brek dan kehausan tayar, ia bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan pemandu tapi juga menekankan dedikasi ZF Aftermarket terhadap solusi-solusi yang menambah baik prestasi kenderaan dan yang bersifat ekonomikal.

Bendalir Transmisi Berprestasi Tinggi

ZF Aftermarket melengkapkan tiga inovasi terbaharunya dengan memperkenalkan bendalir transmisi berprestasi tinggi yang dirumus untuk semua jenis kenderaan komersial, ia meliputi transmisi mekanikal dan juga automatik. Produk ini terlahir menerusi kajian yang ekstensif untuk memperbaiki aspek prestasi dan juga jangka tahan, terutamanya dalam iklim dan kondisi jalan raya Asia Tenggara yang mencabar.

"Inovasi kami membuktikan daya pimpinan ZF Aftermarket dari sudut teknologi dan juga visi strategik. Ia memperkasakan para pelanggan kami untuk menerajui pasaran mereka dengan kenderaan komersial yang menjanjikan reliabiliti, kecekapan, dan reka bentuk yang bersesuaian dengan iklim dan jalan raya di rantau Asia Tenggara yang mencabar," jelas Aleksander Rabinovitch, Ketua Unit Jaringan Perniagaan Kenderaan Komersial di ZF Aftermarket.

Sedang sektor pengangkutan komersial rantau ini terus berkembang, ZF Aftermarket telah mempamerkan komitmennya untuk menambah baik jangka operasi, reliabiliti, dan juga kecekapan – segala aspek yang kritikal bagi pengendali pengangkutan awam, syarikat logistik, dan juga pemilik rangkaian kenderaan. Sehubungan itu, produk-produknya dirumus untuk membekalkan prestasi sambil meminimumkan penyelenggaraan dan tempoh gendala, yang penting bagi sektor pengangkutan komersial di Asia Tenggara yang sedang pesat berkembang.

Turut menonjolkan kepakaran globalnya dengan sentuhan lokal, ZF Aftermarket telah mempamerkan konsep bengkel "ZF [pro] Service", sebuah program servis yang dirumus untuk kenderaan komersial, ia mengintegrasikan tiga konsep utama kepada sebuah solusi servis yang bersepadu. Program ini menawarkan pelbagai manfaat yang komprehensif kepada rakan-rakan kongsi, termasuk latihan teknikal, kondisi peralatan khas, dan bantuan pemasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai solusi-solusi inovatif ZF Aftermarket, sila layari aftermarket.zf.com.



Hashtag: #ZFAftermarket

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang ZF
Tentang ZF
ZF ialah syarikat teknologi global yang membekalkan pelbagai produk dan sistem mobiliti canggih bagi kereta penumpang, kenderaan komersial, dan teknologi perindustrian. Rangkaian produk ZF yang komprehensif khususnya ditujukan kepada pengeluar kenderaan, pembekal mobiliti, dan syarikat pemula dalam medan pengangkutan dan mobiliti. ZF mengelektrifikasi pelbagai jenis kenderaan. Dengan produk-produk keluarannya, syarikat ini membantu mengurangkan emisi, melindungi iklim, serta menjadikan mobiliti lebih selamat. Selain sektor automotif – kereta penumpang dan kenderaan komersial – ZF juga menawarkan khidmatnya buat segmen-segmen pasaran seperti jentera pembinaan dan pertanian, kuasa angin, sistem tujahan perairan, pacuan rel dan sistem ujian.

Bertunjangkan sekitar 169,000 orang kakitangan di serata dunia, ZF telah melaporkan nilai jualan sebanyak €46.6 bilion pada tahun fiskal 2023. Syarikat ini mengoperasikan 162 lokasi pengeluaran di 31 buah negara.

Portfolio solusi ZF yang terkemuka bagi pascapasaran dan rangkaian kenderaan telah dibina melalui jenama-jenamanya yang cemerlang seperti LEMFÖRDER, SACHS, TRW, dan WABCO. Tawaran produk dan perkhidmatan yang komprehensif, solusi keterhubungan canggih bagi pengurusan mobiliti digital dan rangkaian perkhidmatan global, menyokong dan memperkayakan prestasi serta keefisienan semua jenis kenderaan sepanjang kitaran hayatnya. Organisasi pascapasaran syarikat ini berfungsi sebagai arkitek dan juga peneraju bagi Pascapasaran Generasi Seterusnya serta menjadi rakan pilihan bagi pelanggan rangkaian kenderaan dan pascapasaran di serata dunia.

Maklumat dan gambar akhbar tambahan boleh didapati di:

SOURCE:

ZF Aftermarket

CATEGORY:

Automobile

PUBLISHED ON:

10 May 2024

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW