Piala Haier Mencari Juara Badminton Seterusnya



  • Pertandingan akan bermula pada 11 Mei 2024 di Kuching, lokasi yang ditambah
  • Haier Malaysia telah menambah bilangan lokasi untuk membolehkan lebih banyak penyertaan serta tawaran hadiah yang menarik
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 9 Mei 2024 - Selepas kejayaan Piala Thomas dan terus membara semangat untuk Kejohanan Malaysia Masters 2024 yang bakal berlangsung, Haier Malaysia mengumumkan pertandingan badminton tempatan mereka, Piala Haier yang akan bermula di Kuching pada 11 Mei 2024.

Jadual Piala Haier 2024
Jadual Piala Haier 2024

Piala Haier yang kini kembali untuk peminat tempatan telah menambah Kuching sebagai lokasi terbaharu, selain Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur pada tahun ini. Pemenang dari setiap lokasi akan bersaing dalam Kejohanan Akhir. Piala Haier menawarkan perkakasan rumah dan wang tunai sebagai hadiah.

Kategori Hadiah Piala Haier 2024
Kategori Hadiah Piala Haier 2024

Piala Haier akan mencapai kemuncaknya dalam sebuah kejohanan serantau dengan juara dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam bersaing untuk gelaran utama pada 18 Ogos 2024.

Pembantu Pengarah Pemasaran dan Jenama Haier Malaysia Julian Thean berkata, "Bagi rakyat Malaysia, badminton bukan sekadar sukan. Ia merupakan sumber kebanggaan kebangsaan dan bersama-sama bersemangat terhadap sukan ini. Kejayaan pemain Malaysia yang telah membawa badminton ke tahap seterusnya, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menceburi sukan ini dan berusaha untuk berjaya. Selaras dengan tumpuan kami dalam pemasaran sukan, kami memperkenalkan Piala Haier pada tahun lalu sebagai satu platform tahunan bagi para peminat badminton untuk menguji kemahiran mereka. Sokongan dan sambutan yang diterima pada Piala Haier pertama telah memberi kami dorongan yang besar. Oleh itu, kami telah meningkatkan kumpulan hadiah serta bilangan lokasi untuk memudahkan penyertaan. Ianya akan menjadi satu pencapaian yang hebat sekiranya bakat badminton Malaysia seterusnya dapat ditemui semasa Piala Haier."

Piala Haier pertama yang diadakan pada tahun 2023 di Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur telah menarik penyertaan sebanyak 392 orang. Dengan penambahan lokasi dan ketersediaan gelanggang yang lebih banyak, Haier Malaysia berharap dapat menarik lebih dari 1,400 peserta pada kali ini.

Piala Haier terbuka kepada semua rakyat Malaysia amatur yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi peserta yang berminat terdapat empat kategori untuk bersaing - perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita, dan beregu campuran.

Semua peserta yang telah berdaftar akan menerima jersi pertandingan edisi terhad dan beg cenderahati Haier. Yuran pendaftaran adalah RM50 bagi setiap individu untuk kategori perseorangan dan RM80 bagi setiap pasukan untuk kategori beregu. Peserta yang berminat boleh mengunjungi https://bit.ly/HaierCup2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar. Pendaftaran akan ditutup satu minggu sebelum Cabaran Negeri bermula.

Untuk maklumat lanjut mengenai Piala Haier 2024, sila layari https://www.haier.com/my/ dan ikuti Haier di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara, dan perkembangan terkini.

Format Piala Haier 2024

Pertandingan bermula dengan Cabaran Negeri di Kuching, diikuti oleh Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Setiap Cabaran Negeri mengikuti format undian terbuka, satu permainan dan pemain maju dengan setiap kemenangan. Permainan di peringkat penyingkiran dan separuh akhir akan dimainkan berdasarkan sistem penilaian terbaik satu permainan 30 mata dan final Cabaran Negeri akan berdasarkan format terbaik tiga permainan dengan sistem penilaian standard 21 mata.

Juara dan naib juara (tempat pertama dan kedua) dari setiap Cabaran Negeri layak untuk ke Kejohanan Akhir di Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024.

Cabaran
Lokasi
Tarikh
Cabaran Negeri
Arena Sukan,

Kuching, Sarawak
11 May 2024
Cabaran Negeri
Sports Hub, Austin Heights, Johor Bahru, Johor
15 Jun 2024
Cabaran Negeri
Berapit Badminton Hall, Bukit Mertajam, Penang
13 Julai 2024
Cabaran Negeri
Tops Arena Empire,

Kuala Lumpur
3 Ogos 2024
Kejohanan Akhir
Kuala Lumpur
17 Ogos 2024
Kejohanan Serantau
Kuala Lumpur
18 Ogos 2024

Kejohanan Serantau

Sang juara dari Kejohanan Akhir di setiap negara layak untuk bersaing dalam sebuah Kejohanan Serantau yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2024. Pemain Malaysia akan berpeluang menguji kebolehan mereka menentang pemain badminton yang menang dari Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam.



Hashtag: #Haier

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

Haier Malaysia

CATEGORY:

Sports

PUBLISHED ON:

09 May 2024

Past Press Releases

#Sports #Lifestyle

08 May 2024

Haier Cup Seeks the Next Badminton Champion

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW