Dokumentari "Shopee Rai Lokal" Dilancarkan di Shopee Super Awards 2023



Sebuah Warkah Cinta buat Usahawan Dalam Talian Tempatan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 18 Disember 2023 - Dokumentari "Shopee Rai Lokal" dilancarkan hari ini di Shopee Super Awards 2023, yang dilangsungkan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Filem ini membawakan kisah tiga penjual tempatan yang telah menembusi halangan dalam talian dan mencipta kejayaan di e-dagang.

Caption

"Filem ini merupakan warkah cinta buat usahawan tempatan," kata Ketua Pemasaran, Kenneth Soh. "Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian, terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual, dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka."

"Shopee Rai Lokal'' mempertontonkan cabaran dan kejayaan yang membawa inspirasi dalam perjalanan penjual dalam mencari ceruk perniagaan dalam talian mereka. Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

Dokumentari ini yang julung-julung kali dilancarkan Shopee di Malaysia, diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar, pengarah filem indie yang terkenal dengan filem Ciplak (2006), Relationship Status (2012), Cuak (2014) dan Kickflip (2020). Filem Khairil telah dipersembahkan di pelbagai festival filem, televisyen, dan rangkaian penstriman.

"Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka," kata Soh.

Shopee Super Awards 2023 merupakan anugerah industri e-dagang terunggul yang dilangsungkan secara tahunan di Kuala Lumpur, yang mempamerkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang membolehkan pemacuan ini. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Ainul Aishah, Ceddy Ang, Dato' Jovian, Dato' Siti Nurhaliza, Dolla, Neelofa, Nuex Rosli, Zoey Rahman, dan ramai lagi meraikan kejayaan 97 jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat dalam mencapai peningkatan jualan cemerlang dalam talian.

Pemenang anugerah cemerlang dalam e-dagang dengan mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran Shopee, menyertai kursus percuma di Shopee Universiti, berhubung kenal dengan penjual lain di Shopee Seller Summit, menggunakan Shopee Marketing Solutions, mengambil bahagian dalam kelas pendidikan pempengaruh percuma, bertukar idea di Shopee House, dan mengembangkan jenama mereka melalui Shopee Live.

Edward Wong, pengasas HomeDecoStore, terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan apabila beliau terpaksa berhenti kerja sebagai instruktor penerbangan disebabkan pandemik COVID-19. Edward belajar sendiri setiap cara untuk mengendalikan perniagaannya. Edward meneroka pelbagai usaha niaga dalam talian sebelum menemui peluang unik apabila beliau bekerjasama dengan Pembantu E-dagang, Asmanissa Kamaruzaman: mini sejadah. Cara Edward berhubung dengan pelanggan dalam Shopee Live melangkaui halangan budaya, membolehkan beliau untuk mengintegrasikan citarasa pelanggan kepada rekaan sejadahnya sambil menghormati sensitiviti agama. HDS Sejadah Muka telah menjadi produk terlaris HomeDecoStore dengan pesanan pukal diterima sehingga 10,000 helai dalam dua ke tiga minggu sesuai untuk majlis istimewa seperti kenduri. Buat Edward, sejadah merupakan penghargaan simbolik buat kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia.

"Saya mahu menunjukkan bahawa graduan baharu juga berusaha untuk mencapai kerjaya jangka panjang dengan bergantung kepada kuasa pemasaran dalam talian. Namun, kami masih dalam kategori penjual yang kurang dihargai berbanding syarikat terkemuka. Saya berharap kami mencetus perbincangan yang lebih meluas tentang bagaimana pengusaha tempatan diwakili di depan kamera. Perjalanan setiap orang adalah sama penting dengan destinasi matlamat masing-masing, kita perlu menikmati perjalanan itu dan membuat penyesuaian terhadap apa jua yang bakal tiba. Sokongan dan pengiktirafan yang kami terima dari Shopee amat bermakna dalam kami menerima pesanan pukul dalam 200 ke 300 helai, dan anggaran 1,000 helai dalam seminggu. Kejayaan ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami," Edward Wong, pengasas HomeDecoStore.

Pada 2008, Mamami Shoppe ditubuhkan sebagai sebuah penghormatan kepada arwah ibu Felicia Tan yang juga dikenali mesra sebagai "Mama," yang menanam penghargaan mendalam terhadap gaya hidup sihat kepada keluarganya. Diinspirasikan oleh tunjuk ajar Mama, Felicia memulakan misinya untuk berkongsi gaya hidup sihat menyeluruh kepada komuniti yang lebih meluas. Percubaan Mamami Shoppe menyertai e-dagang pada 2017 merupakan peristiwa penting dalam perjalanan perniagaan Felicia. Dengan kewujudan di Shopee, syarikat ini mencipta akses kepada khalayak yang lebih meluas, membolehkan Felicia berhubung dengan pengguna yang mementingkan kesihatan dari seluruh Malaysia. Trajektori pertumbuhan syarikat ini digalakkan oleh cadangan mulut ke mulut positif pelanggan setia mereka. Terkini, Mamami Shoppe mengambil 50% pekerja wanita dan telah membawa impak positif kepada sara hidup lebih kurang 30 penduduk tempatan, 20 pembekal tempatan, dan tanggungan mereka.

"Dalam kehidupan masyarakat sekarang, sukar untuk kita mendengar cerita tentang tiga penjual tempatan, bukan? Saya rasa bertuah kerana pasukan Shopee yang penuh empati mendekati kami dan memperceritakan kisah perjalanan kami dalam perubahan perniagaan dari tradisional ke digital... Kami tidak menyediakan apa-apa, cuma bercerita kepada mereka dan mereka menemui keistimewaan kami," kata Felicia Tan, pengasas dan pemilik Mamami Shoppe.

"Saya bersyukur kerana disokong oleh keluarga tercinta yang membolehkan saya berkembang dalam perniagaan yang hanya bermula dari rumah dalam saya menyeimbangkan kesibukan perniagaan dan hubungan keluarga. Terkini, kami telah berkembang sehingga memiliki enam gudang, dan kami berharap untuk terus berkembang kepada peluang baharu di Amerika Latin dan Timur Tengah pada masa hadapan," tambah Felicia.

Setelah sembilan tahun mencari tujuan kerjaya sebenarnya, Mohd Zaid dari Lampu Cherita sentiasa memberanikan diri dan tidak berputus asa setelah beberapa kali mencuba untuk berniaga dalam talian sebelum menemui ceruk perniagaannya dalam mencipta lilin. Didorong oleh pemerhatiannya yang menyaksikan rakyat Malaysia berbelanja ratusan ringgit untuk lilin pewangi, dan tiada pilihan yang lebih mampu milik dalam pasaran, Mohd Zaid mengasaskan Lampu Cherita. Dengan sokongan keluarga dan dua perkerja sambilan, mereka mencipta khas tuang tangan secara teliti 50 ke 100 lilin setiap hari dari rumahnya di Kajang. Walaupun Mohd Zais hilang inventori berharga disebabkan banjir dan kekangan wang yang memaksanya untuk beroperasi dari rumah, beliau kekal bersemangat, berinteraksi dengan pelanggan di Shopee sambil mengumpul maklum balas, dan mengambil pesanan khusus di Shopee Live. Tambahan lagi, beliau juga aktif berinteraksi dan menyokong penjual lain sebagai ahli Shopee Bintang.

"Ianya merupakan kuasa penceritaan. Saya mengambil masa beberapa tahun berfikir tentang kenapa perniagaan yang saya mulakan gagal sambil saya bekerja di Astro sebelum menemui ceruk perniagaan dalam talian dengan lilin. Saya telah mengalami banjir yang merosakkan inventori saya dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bangun kembali. Saya faham erti menggunakan strim langsung dan penceritaan dalam talian untuk menempuhi masa sukar. Ianya merupakan impian saya di mana setiap rumah di Malaysia dipenuhi dengan bauan wangian lilin Lampu Cherita," kata Mohd Zaid, pengasas Lampu Cherita.

Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti.




Hashtag: #ShopeeRaiLokal

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
SOURCE:

Shopee

CATEGORY:

Retail

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

18 Dec 2023

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW