DHL Supply Chain peruntuk EUR350 juta di Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk bantu perkasakan daya tahan rantaian bekalan pengguna



  • Ÿ Lebih satu pertiga daripada pelaburan ini akan disalurkan ke Malaysia
  • Ÿ Tambahan ruang gudang seluas 113,000 meter persegi, yang merangkumi empat pusat kemudahan baharu, untuk menampung pertumbuhan pelanggan di Malaysia
  • Ÿ450 pekerjaan akan diwujudkan di Malaysia menjelang 2024

PULAU PINANG – Media OutReach - 17 Oktober 2023 - DHL Supply Chain, peneraju pasaran global dalam penyelesaian logistik kontrak, mengumumkan pelaburan sejumlah EUR350 juta di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan kapasiti gudang, tenaga kerja dan inisiatif kemampanan.

Rendering of Penang Logistics Hub 5 facade in Malaysia.jpg

"Rantaian bekalan sedang mengalami rombakan global dan Malaysia akan dapat menikmati manfaatnya, terutamanya dalam sektor pembuatan. Sebagai anggota ASEAN, negara ini terlibat dalam pelbagai perjanjian perdagangan bebas, yang menjadikannya pilihan yang menarik bagi pihak yang ingin mempelbagaikan pilihan penyumberan mereka. Kerana inilah kami membuat pelaburan sejumlah EUR131 juta di Malaysia, untuk memastikan bahawa kami mempunyai kapasiti dan tenaga kerja untuk menyokong pertumbuhan pelanggan kami di sini," kata Andries Retief, Ketua Pegawai Eksekutif, DHL Supply Chain Asia Tenggara.

Grow SEA Tour_Malaysia.png

DHL Supply Chain: meningkatkan kapasiti dan mempersiapkan gudang untuk masa hadapan sebagai rakan rantaian bekalan pilihan di Asia Tenggara

DHL Supply Chain akan meluaskan lagi operasinya di Malaysia dengan memperkenalkan pusat-pusat kemudahan baharu di sini – dua di Pulau Pinang serta satu di kawasan Tengah dan satu di Selatan. Binaan baharu ini akan membawakan tambahan 113,000 meter persegi kepada portfolio sedia ada syarikat tersebut yang merangkumi 217,300 meter persegi.

Sebahagian daripada pelaburan berjumlah jutaan ringgit tersebut akan disalurkan untuk pelaksanaan automasi termaju di Hab Logistik 5 Pulau Pinang (PLH5) yang akan dibangunkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Di samping itu, DHL Supply Chain akan meneruskan pelaburan dalam Sistem Pengurusan Gudang (WMS) dan inisiatif pendigitalan, seperti sistem penyimpanan dan pengambilan semula automatik (ASRS) termaju yang dilengkapi palet serta teknologi robotik GTP ("goods to person") yang akan melengkapi gudang-gudang baharu untuk mengendalikan pengambilan bahagian-bahagian yang kecil.

DHL Supply Chain menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan pengangkutannya di Malaysia menerusi pelaburan yang signifikan dalam flit, sistem dan sumber manusia. Ia juga akan mempunyai Menara Kawalan Terhubung yang pertama di Kuala Lumpur yang akan menawarkan perkhidmatan pengangkutan terpiawai dan terpusat dengan ketampakan hujung ke hujung.

Pelaburan sumber manusia dalam mempersiapkan rantaian bekalan untuk masa hadapan

DHL Supply Chain yang menekankan komitmennya untuk membangunkan tenaga kerja di Malaysia, akan mewujudkan 450 pekerjaan dalam tahun 2024, dengan tumpuan kepada pendigitalan dan automasi bagi gudangnya. DHL Supply Chain juga membuka peluang kepada kakitangannya di Malaysia untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran mereka melalui rakan sekerja menerusi rangkaian globalnya.

"Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah amat penting dalam rancangan pertumbuhan Malaysia, dan kami menyokong wawasan ini menerusi pelaburan dalam modal insan kami. Kakitangan tempatan kami berpeluang untuk berkongsi dan memperoleh pengetahuan menerusi rangkaian global, yang dapat memberikan pendedahan meluas kepada mereka, yang melangkaui apa yang dilaksanakan di sini. Pelbagai inisiatif pendigitalan kami membolehkan mereka mempertingkatkan kemahiran tertentu yang diperlukan untuk menyokong operasi kami.

Masalah tenaga kerja turut menjadi cabaran dalam sektor ini, dan kami merupakan satu-satunya syarikat logistik multinasional yang mempunyai lesen untuk membawa masuk pekerja asing sebagai pelengkap kepada tenaga kerja tempatan sekiranya perlu," tambah Mario Lorenz, Pengarah Urusan, DHL Supply Chain Malaysia.

DHL Supply Chain memperjuangkan keterangkuman dalam pengambilan pekerja menerusi kerjasamanya dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya pendengaran dan pertuturan. Dalam usaha untuk mempertingkatkan komunikasi antara golongan tersebut dengan rakan sekerja mereka, syarikat tersebut menyediakan Program Pensijilan Bahasa Isyarat secara dalaman untuk dimanfaatkan oleh pekerja DHL Supply Chain Malaysia.

Usaha ke arah pengurusan rantaian bekalan hijau

DHL Supply Chain komited dalam memastikan bahawa semua binaan baharu syarikat tersebut dibangunkan sebagai pusat kemudahan neutral karbon. Hari ini, DHL membuktikan bahawa syarikat tersebut merupakan peneraju dalam mendukung kemampanan dalam sektor rantaian bekalan memandangkan kesemua pusat kemudahannya di Malaysia telah mencapai tahap keneutralan karbon.

Inisiatif kemampanan lain termasuklah usaha menyepadukan pencahayaan LED Pintar dan panel suria di gudang Pusat Logistik Bersepadu (ILC) DHL Supply Chain di Malaysia seluas 100,000 meter persegi yang dilaksanakan baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, layari di sini



Hashtag: #DHLSupplyChain

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
DHL – Excellence. Simply delivered.
DHL – Excellence. Simply delivered.
DHL merupakan jenama peneraju global dalam industri logistik. Menerusi pelbagai bahagian dalam syarikat tersebut, DHL menawarkan portfolio perkhidmatan logistik yang tiada tandingannya yang meliputi penghantaran bungkusan dalam negara dan antarabangsa, penyelesaian pengiriman dan penunaian e-dagang, perkhidmatan ekspres antarabangsa, pengangkutan darat, udara dan air sehinggalah pengurusan rantaian bekalan industri. Dengan kira-kira 395,000 kakitangan di lebih 220 negara dan wilayah di seluruh dunia, DHL menghubungkan pengguna dan perniagaan dengan selamat dan terjamin, untuk membolehkan aliran perdagangan global yang mampan. Dengan penyelesaian yang khusus untuk pasaran dan industri pertumbuhan termasuklah teknologi, sains hayat dan penjagaan kesihatan, kejuruteraan, pembuatan & tenaga, mobiliti auto dan runcit, DHL kekal sebagai "Syarikat logistik dunia".

DHL merupakan anggota DHL Group. Pada tahun 2022, Kumpulan ini menjana pendapatan sebanyak lebih 94 bilion euro. Kumpulan ini juga memberikan sumbangan positif kepada dunia menerusi amalan perniagaan yang mampan dan komitmen terhadap masyarakat dan alam sekitar. DHL Group meletakkan sasarannya ke arah emisi sifar bersih menjelang 2050.

SOURCE:

DHL

CATEGORY:

Logistics

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

17 Oct 2023

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW