OctaFX mempertingkatkan semangat kebajikan Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach - 21 Ogos 2023 - Semasa Hari Raya Aidiladha 2023, OctaFX bekerjasama dengan badan amal dan individu tempatan untuk mengagihkan makanan dan barangan keperluan di Malaysia, Indonesia, dan Nigeria.
Tahun ini, untuk mengekalkan semangat kebajikan Hari Raya Aidiladha, OctaFX mengagihkan makanan dan barangan keperluan kepada komuniti yang memerlukan di Malaysia, Indonesia, dan Nigeria, memberikan mereka sokongan dan bantuan semasa perayaan agama yang penting ini.
Hari Raya Aidiladha, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, mempunyai kepentingan budaya dan agama untuk umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini membawa masyarakat bersama-sama untuk berkongsi
dan menzahirkan rasa syukur melalui tindakan kebajikan dan kemurahan hati. Memahami kepentingan perayaan ini membuatkan OctaFX memutuskan untuk mendekati mereka yang memerlukan dan memberi impak positif kepada kehidupan mereka.
Di Malaysia, OctaFX dan rakan kongsi tempatannya, Azeehan, mengagihkan daging Korban dua ekor lembu di Kelantan. Azeehan dan ahli komuniti setempat melahirkan rasa terima kasih mereka kepada OctaFX kerana menaja inisiatif amal ini dan membantu mereka yang memerlukan semasa Hari Raya Aidiladha.
Di Indonesia, OctaFX meneruskan kerjasamanya dengan IDEP, yang pada awalnya bermula sebagai projek bersama untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Jawa Barat, Indonesia. Kesan gempa bumi yang berlaku pada November 2022 masih dirasai di daerah Cianjur, dan OctaFX kini menaja fasa pemulihan inisiatif sokongan pelbagai peringkat. Sebagai sebahagian daripadanya, pertubuhan ini mengagihkan bungkusan makanan dan barangan keperluan kepada individu dan keluarga, memastikan mereka dapat mengambil bahagian dalam perayaan Hari Raya Aidiladha tanpa perlu risau tentang keperluan asas.
Di Nigeria, broker antarabangsa ini dan Keeping It Real (KIR) Foundation telah melancarkan projek 'Eid al-Adha Food Drive', menganjurkan usaha pengagihan makanan di Lagos, Argungu dan Port Harcourt. Pengagihan tersebut memberi manfaat kepada 250 keluarga secara keseluruhan, termasuk 60 orang kanak-kanak dan penjaga mereka di pusat untuk kanak-kanak kurang upaya di Lagos dan 120 orang murid sekolah Almajiri di Argungu. Makanan selebihnya diagihkan ke pusat untuk orang kurang upaya dan rumah anak yatim di Port Harcourt.
'Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami sepanjang tahun. Dengan menyediakan makanan dan barangan keperluan semasa perayaan penting seperti ini, kami berharap agar dapat mengurangkan sedikit cabaran yang dihadapi oleh individu dan keluarga yang terkesan pada masa yang mencabar ini,' ulas pejabat akhbar OctaFX.
Hashtag: #OctaFX
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang OctaFX
OctaFX adalah broker antarabangsa yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Syarikat terlibat dalam rangkaian inisiatif amal dan kemanusiaan yang komprehensif, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti tempatan.
Tentang IDEP
IDEP membangun dan menyampaikan latihan, program komuniti dan kandungan media mengenai pembangunan mampan melalui permakultur dan pengurusan bencana berasaskan komuniti. Selama lebih sedekad, IDEP telah menyampaikan program praktikal dan aktiviti pendidikan awam kepada komuniti yang memerlukan di seluruh Indonesia.
Tentang Keeping It Real Foundation
Keeping It Real (KIR) Foundation telah ditubuhkan dan didaftarkan di Nigeria pada tahun 2010 sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Ia ditubuhkan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak, belia, orang kurang upaya, banduan penjara, wanita, dan komuniti tempatan yang kurang bernasib baik melalui pendidikan, sokongan, kapasiti, dan pembangunan mampan.