Mahsuri bekerjasama dengan Institut Makanan Malaysia (FIM) tawar program biasiswa kepada bakat muda dalam bidang kulinari melalui program Chef Muda Mahsuri



Bentuk hubungan demi menyumbang kepada pembangunan mampan industri makanan negara

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach - 17 Julai 2023 - 12 Julai, Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri) komited dalam memberi manfaat kepada masyarakat melalui program Chef Muda Mahsuri dengan menyediakan peluang biasiswa kepada mereka yang ingin mengasah kemahiran kulinari menerusi Kursus Sijil Kehadiran Masakan Melayu di Institut Makanan Malaysia (FIM).

Chef Moh Johari Edrus Penasihat FIM (barisan belakang, 5 dari kanan), Puan Norafidah Mohd Hashim, Ketua Eksekutif FIM (barisan belakang, 4 dari kanan), Dato Mohd Roslan Bin Mahayuddin, Pengarah Bukan Eksekutif, Mahsuri Food Sdn Bhd (Barisan Belakang, 2 dari kanan) En Mohd Jazri bin Ikmal Hijaz, Pengurus Kanan Komersial Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Barisan Belakang 3 dari kanan) menyampaikan biasiswa kepada pelajar FIM.
Chef Moh Johari Edrus Penasihat FIM (barisan belakang, 5 dari kanan), Puan Norafidah Mohd Hashim, Ketua Eksekutif FIM (barisan belakang, 4 dari kanan), Dato Mohd Roslan Bin Mahayuddin, Pengarah Bukan Eksekutif, Mahsuri Food Sdn Bhd (Barisan Belakang, 2 dari kanan) En Mohd Jazri bin Ikmal Hijaz, Pengurus Kanan Komersial Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Barisan Belakang 3 dari kanan) menyampaikan biasiswa kepada pelajar FIM.

Dato Mohd Roslan Mahayudin, Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri berkata, "Terima kasih kepada Mahsuri kerana menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar FIM. Walaupun banyak biasiswa yang ada diluar sana untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk meneruskan pelajaran dalam kursus profesional. Sebagai pengeluar sos dan perasa, Mahsuri berharap dapat mencipta peluang untuk mereka yang berminat dalam seni kulinari dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam bidang ini."

Mahsuri percaya dapat memberi impak positif kepada komuniti tempatan dengan tumpuan khusus dalam memperkasakan bakat muda. Menerusi Chef Muda Mahsuri, Mahsuri akan menyediakan biasiswa kepada 10 orang pelajar Sijil Kehadiran Masakan Melayu di FIM. Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, penginapan dan elaun yang mendukung latihan kulinari mereka selama 7 bulan dan 3 bulan penempatan kerja.

Pada acara pelancaran yang diadakan hari ini di FIM, Dato Roslan berharap melalui program Chef Muda Mahsuri, lebih ramai chef profesional di Malaysia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda yang mempunyai cita-cita untuk terlibat dalam bidang ini. Dengan kerjasama FIM, program ini akan memberi latihan yang bermanfaat agar dapat meningkatkan serta memupuk chef muda yang berbakat menjadi profesional pada masa akan datang sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri kulinari Halal Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Mahsuri, sila layari www.mahsurifood.com.my.



Hashtag: #Mahsuri

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Mahsuri
Mengenai Mahsuri
Mahsuri komited dalam mencipta hidangan ringkas yang lazat untuk penguna, menjadikan aktivit memasak suatu perkara yang meyeronokan dan mudah. Produk buatan Malaysia ini menawarkan pelbagai sos yang halal. Rangkaian sos Mahsuri telah bersama rakyat Malaysia semenjak akhir 1990-an lagi, semasa ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat

Melalui pelbagai dugaan dan cabaran, Mahsuri berjaya menggembleng kepakaran, teknologi perkilangan moden dan resepi-resepi Halal yang terbaik dari Malaysia untuk melakar kejayaan Mahsuri dalam mempermudahkan lagi masakan untuk rakyat Malaysia.

Mahsuri mempunyai rangkaian sos-sos lazat yang membantu rakyat Malaysia memasak hidangan-hidangan yang membuka selera di rumah dengan mudah. Kini tiba masanya untuk meluaskan pengaruh ke luar Malaysia, untuk membawa rasa dan sos unik Malaysia yang bersijil Halal ke seluruh dunia.
SOURCE:

Mahsuri

CATEGORY:

Food & Beverage

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

17 Jul 2023

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW