Arah aliran CSR terkini dalam teknologi kewangan: cara syarikat teknologi membantu membina masa depan yang lebih mampan



Syarikat teknologi kewangan adalah antara yang terakhir anda akan fikir apabila bercakap tentang amal. Namun, sumbangan mereka adalah sangat besar—dan berikut apa rangkumannya dan mengapa ia penting.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 9 Februari 2023 - Winston Churchill yang terkenal berkata: 'Kita menyara kehidupan dengan apa yang kita dapat, tetapi kita hidup dengan apa yang kita berikan.' Pendekatan ini nampaknya merupakan pemacu di sebalik transformasi perniagaan ke arah model yang berpandukan masyarakat yang cuba untuk memastikan yang komuniti setempat, dan lebih meluas lagi, dunia berkembang maju. Berpandukan matlamat ini, sesetengah syarikat mengurangkan jejak karbon mereka dengan berkesan. Sebagai contoh, strategi Cita-cita Kumpulan Mercedes-Benz 2039 melibatkan peralihan kepada armada kenderaan elektrik sepenuhnya. Syarikat lain bermatlamat untuk menyokong komuniti setempat yang berdepan dengan cabaran yang biasanya berkaitan dengan pendidikan, infrastruktur, dan keadaan alam sekitar.

21212164.jpg

Apa kaitan trend ini, atau pun norma kemasyarakatan baru ini dengan syarikat teknologi kewangan? Dalam cara apa mereka boleh membantu, dan tindakan apakah yang telah diambil oleh mereka untuk menjadikan dunia kita lebih baik? Artikel ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan ini untuk syarikat teknologi kewangan yang masih baru dan juga yang sudah mantap, serta untuk pelanggan mereka.

Syarikat teknologi kewangan dan tanggungjawab sosial korporat

Syarikat teknologi kewangan boleh memajukan matlamat sosial dalam beberapa cara unik: daripada membawa perkhidmatan kewangan kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepadanya kepada mempromosikan celik kewangan. Berikut adalah beberapa isu paling penting yang telah diberikan perhatian oleh syarikat teknologi kewangan:

  • Memberi menjadi lebih mudah. Beberapa syarikat, seperti Fidelity Charitable, memberikan peluang untuk menyumbang wang tunai, sekuriti dan aset lain kepada dana dinasihati penderma di badan amal awam. Ini membolehkan peningkatan penjimatan cukai kepada pemberi sumbangan. Yang lain, seperti Binance Charity, cuba untuk merevolusikan pemberian global dengan menggunakan teknologi Web3, yang menjadikan pemberian derma lebih telus, cekap dan, yang paling penting, lebih langsung.
  • Membantu mereka yang tidak berkemampuan. Pengecualian kewangan di kawasan luar bandar dan kurang membangun telah menjadi isu utama yang diberikan tumpuan oleh kebanyakan syarikat teknologi kewangan untuk aktiviti CSR mereka. Dalam sesetengah keadaan, tujuan sebenar untuk mencipta perkhidmatan teknologi kewangan adalah untuk merapatkan jurang ini. Sebagai contoh, perkhidmatan kewangan mudah alih bKash direka khusus untuk memenuhi 70% penduduk Bangladesh yang tinggal di kawasan luar bandar dan mempunyai akses terhad kepada perbankan formal.
  • Memajukan celik kewangan. Malangnya, hanya beberapa sekolah yang mengajar mengenai perbankan, pelaburan dan simpanan, sedangkan ia adalah beberapa kemahiran terpenting yang mungkin diperlukan oleh pelajar dalam kehidupan dewasa mereka. Syarikat teknologi kewangan semakin menyedari akan isu ini dan mula membangunkan kursus pendidikan yang memberi manfaat kepada pelanggan mereka dan masyarakat yang lebih meluas.

Aktiviti amal lain yang melibatkan syarikat teknologi kewangan utama termasuk projek alam sekitar, seperti usaha HSBC dalam membantu memelihara Taman Alam Guandu Taipei di Taiwan, bantuan kecemasan dan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Apa yang boleh dilakukan oleh satu syarikat teknologi kewangan untuk memajukan matlamat sosialnya di seluruh dunia?

Mari lihat satu syarikat teknologi kewangan untuk menggambarkan pendekatan CSR dalam teknologi kewangan dan impaknya. Pada tahun 2022, broker Forex antarabangsa, OctaFX, telah menumpukan usahanya untuk membantu komuniti tempatan mengatasi cabaran global. Berikut apa yang berjaya dicapai olehnya:

  • Broker ini telah membantu 1855 orang dan 46perniagaan kecil dalam situasi kecemasan, kebanyakannya semasa bencana alam.
  • OctaFX menyokong usaha pendidikan 4452 pelajar dan 50 buah sekolah dan organisasi dengan membiayai biasiswa, bengkel pendidikan kurikulum tambahan, kursus profesional, mengubahsuai dan membina sekolah dan kelas baru, membeli komputer dan peralatan pendidikan lain yang diperlukan.

Secara keseluruhan, OctaFX telah membantu lebih daripada 6000 orang merentasi pelbagai negara, termasuk India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Nigeria dan Pakistan. Antara projek yang paling mengagumkan termasuk yang berikut:

  • Di India, broker ini telah membantu membina enam bilik darjah komputer untuk Kolej Antara Lala Bulaki Das Babu Ram Sahai Hindu Mahila di Tilhar.
  • Di Malaysia, OctaFX telah memberikan elaun dua belas bulan kepada enam pelajar yang mengikuti ijazah yang berbeza di universiti Malaysia.
  • Di Indonesia, broker ini telah menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk keluarga yang terjejas akibat gempa bumi di daerah Cianjur, yang menyebabkan 58,362 orang cedera dan kehilangan tempat tinggal.
  • Di Pakistan, OctaFX telah membiayai projek Kesihatan, Pendidikan dan Keselamatan (HES), yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan, pendidikan dan keselamatan kanak-kanak di dua belas kawasan luar bandar Muzzafargarh, Punjab.
  • Di Nigeria, OctaFX telah memberikan lima puluh belia yang menganggur dengan latihan ICT sebagai sebahagian daripada projek amal Youth Employability Skills (YES).
  • Di Mexico, broker ini menaja Program Pemerkasaan pada ketika ini, yang akan memberi manfaat kepada 110 pelajar sekolah rendah di Fundación Dr. José María Álvarez I.A.P.

Arah aliran CSR semasa dalam industri teknologi kewangan dijangka semakin berkembang, manakala pihak berkepentingan dan pekerja mengharapkan supaya nilai mereka sejajar dengan nilai syarikat mereka. Apabila lebih banyak syarikat mula mengambil bahagian secara aktif dalam projek yang memberi manfaat dari segi sosial, kita akan semakin hampir dengan masa depan yang lebih mampan, berpendidikan dan sihat untuk dunia.




Hashtag: #OctaFX

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang OctaFX
Tentang OctaFX
adalah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen kepada pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 150 negara dengan lebih daripada 21 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang mereka sediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif inisiatif amal dan kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana.

Di samping itu, OctaFX juga telah memenangi 60 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Global Dalam Talian Terbaik 2022' daripada World Business Outlook dan anugerah 'Broker Global Terbaik Asia 2022' daripada International Business Magazine.

SOURCE:

OctaFX

CATEGORY:

Finance

PUBLISHED ON:

09 Feb 2023

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW