Abadikan Memori Hari Raya Di Dinding Rumah Anda Dengan Mudah Dan Senang, Tanpa Merosakkan Permukaan Dengan 3M Command™ Picture Hanging Strips



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 25 April 2022 - Memori indah yang tercipta semasa musim perayaan adalah hadiah tidak ternilai dan kekal sepanjang hayat. Dapat mengimbau kembali memori indah ini yang sememangnya sangat berharga. Tambahan pula tahun ini akan menjadi tahun pertama di mana rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya bersama orang yang tersayang selepas dua tahun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Ianya bakal menjadi sambutan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan pastinya potret kenangan Raya kali ini akan menjadi lebih istimewa.

3M-KV.png


Apabila kita berkunjung ke rumah jiran, rakan atau keluarga di Hari Raya, mata kita sering terpaku menatap gambar-gambar yang tergantung pada dinding rumah mereka. Di dalam gambar itu terpapar jelas senyuman yang menandakan betapa indahnya detik kenangan yang dirakamkan ketika itu. Memori seperti ini sememangnya sangat istimewa dan meninggalkan kesan yang mendalam. Sungguh mudah untuk kita kongsikan memori indah dengan menggantungkan bingkai gambar menggunakan 3M Command™ Picture Hanging Strips, yang boleh digunakan di atas pelbagai permukaan dinding. Apa yang paling menarik ialah, pita ini mampu menampung berat bingkai gambar sehingga 7.2kg tanpa perlu menggunakan paku atau skru. Tanpa sebarang kesan pada dinding, anda boleh menghiasi dinding kosong dengan pelbagai memori indah pada Hari Raya ini dan mengubahsuai semula selepas Raya bagi mempamerkan memori terindah dan gembira tahun ini!

Dengan pembukaan semula sempadan, orang ramai kini boleh menyambut Raya dalam kumpulan yang lebih besar berbanding tahun lalu. Anda boleh memilih sama ada untuk melancong ke luar negara atau meneruskan tradisi balik kampung ke negeri lain. Namun begitu, apa yang pasti ialah anda akan sibuk merakamkan gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Menyediakan persiapan baju raya serta memastikan pemilhan warna atau corak yang sedondon merupakan salah satu detik yang menyeronokkan semasa Hari Raya. Oleh itu, pastikan juga anda tidak lupa untuk membawa tripod yang dilengkapi dengan pemasa bagi memudahkan anda mengambil gambar beramai-ramai.

Salah satu cabaran ketika mengambil gambar keluarga bersama-sama dengan kanak-kanak ialah untuk mendapatkan mereka berdiri tetap di satu tempat dan kekal senyum. Untuk memastikan mereka ini mahu mendengar kata, tipnya ialah sediakan gula-gula untuk dijadikan sebagai ganjaran agar mereka sentiasa berkelakuan baik semasa sesi bergambar.

Jika tahun ini anda meraikan Hari Raya pertama di rumah sewa anda, anda boleh menyerikannya dengan hiasan Raya dan bingkai-bingkai gambar. Adakah anda bimbang, anda mungkin akan mengotorkan dinding rumah sewa atau menyebabkannya berlubang hanya semata-mata untuk menggantung bingkai gambar? Anda tidak perlu bimbang dengan masalah ini kerana 3M Command™ Picture Hanging Strips mampu memberikan jalan penyelesaian yang lebih mudah tanpa perlu menjejaskan dinding dan boleh ditanggalkan dengan bersih. Bergantung kepada bingkai gambar anda, pita pelekat ini didatangkan dalam warna hitam dan putih, serta bersaiz kecil, sederhana dan besar, sesuai untuk pelbagai saiz bingkai gambar.

Berikut adalah beberapa gaya berbeza yang boleh anda pilih untuk menghiasi dinding rumah anda pada Hari Raya ini:



Selain daripada bingkai gambar biasa, cetakan kanvas juga adalah klasik dan tak lekang dek zaman. Sifatnya yang versatil boleh menjadikan dinding anda sentiasa kelihatan hebat untuk suatu jangka masa yang lama. Apa kata, tahun ini anda cuba untuk mencetak foto raya anda ke atas kanvas? Untuk itu, anda perlu menggunakan Command™ Canvas Hanger yang merupakan penambahan terbaru dalam rangkaian 3M Command™ Picture Hanging. 3M Command™ Canvas Hanger boleh didapati dalam dua saiz iaitu Large Canvas Hanger yang boleh menampung berat sehingga 1.3kg dan sesuai untuk kebanyakan bingkai kanvas bersaiz 45cm x 60cm dan Jumbo Canvas Hanger yang boleh menampung berat sehingga 2.2kg dan sesuai untuk kebanyakan bingkai kanvas bersaiz 60cm x 90cm.

Pamerkan memori terbaik anda pada Hari Raya ini dengan Command™ Picture Hanging Strips atau Command™ Canvas Hanger bagi mencantikkan lagi hiasan dinding anda dan gantungkan memori Raya yang paling anda gemari untuk tahun ini. Ia membolehkan anda menggantungkan bingkai gambar tanpa merosakkan dinding, tanpa menggunakan paku dan skru, melekat dengan kuat dan mudah ditanggal dengan bersih. Ia mudah untuk dilekatkan dan ditanggalkan apabila anda ingin mengubah susunan bingkai gambar, dan ia juga boleh dilekatkan di atas pelbagai permukaan licin termasuk dinding yang telah dicat, jubin, kaca dan kayu.

Produk 3M™ Command™ boleh didapati di semua kedai berhampiran seperti Ace Hardware, Aeon, Aeon Big, HomePro, Jaya Grocer, Lotus's, Mydin, Parkson, Popular, Village Grocer dan kedai dalam talian Shopee dan Lazada. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tip penggayaan kreatif, sila ikuti jenama Command™ di Facebook, atau kunjungi laman sesawang https://www.command.com.my/3M/en_MY/command-my/.



The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

3M

CATEGORY:

Business

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

25 Apr 2022

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW