Ramalan pasaran 2023: OctaFX meminta pakar kewangan utama memberikan ramalan mereka untuk tahun akan datang



2022 merupakan tahun yang penuh pergolakan untuk pasaran kewangan antarabangsa. Apa yang boleh dijangkakan dari tahun 2023? OctaFX meminta pakar kewangannya berkongsi ramalan untuk tahun akan datang.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 18 Januari 2023 - Peristiwa pada tahun 2022 yang menggegarkan dunia dan pasaran kewangan. Peningkatan ketegangan geopolitik dan tahap inflasi tertinggi dalam ekonomi perindustrian terbesar mempunyai kesan yang ketara terhadap pasaran, membawa kepada kenaikan kadar yang tidak dijangka, krisis tenaga, dan perubahan besar dalam aliran dagangan global. OctaFX meminta pakar kewangannya meramalkan tahun akan datang, tetapi pertama sekali–apa pendapat mereka mengenai keadaan semasa ekonomi dunia?

Caption

Apa yang berlaku dengan pasaran sekarang?

Salah seorang pakar OctaFX, Saeed Ahmed Shaikh, berkongsi pendapat beliau mengenai situasi ekonomi semasa:

'Ekonomi global nampaknya akan mengalami kemelesetan. S&P 500, DJI 30 dan beberapa bursa Eropah menunjukkan petanda bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku tidak lama lagi. Dengan indeks utama berada dalam zon terlebih beli, ekonomi dunia menderita akibat tekanan inflasi dan A.S. dolar mengalami lonjakan yang ketara, mungkin sudah tiba masanya untuk menyokong trend menurun pada tahun depan.'

Ambrose Ebuka, pakar kewangan dan hos webinar pendidikan dari Nigeria, bersetuju dengan Saeed Ahmed Shaikh:

'Akibat kadar inflasi yang paling tinggi dicatatkan (lebih tinggi daripada yang pernah dilihat dalam beberapa dekad), kos sara hidup yang tinggi di beberapa rantau, konflik Rusia-Ukraine dan pandemik COVID-19, kita boleh mengatakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun yang sukar untuk ekonomi global. Keperlahanan semasa mencabar banyak ekonomi yang pesat membangun dan sedang membangun yang bergantung terhadap kewangan asing, eksport barangan atau import makanan dan tenaga.'

Mereka yang mencari pecahan yang lebih bernuansa mengenai hasil ekonomi tahun ini dan ramalan untuk 2023 mungkin mendapati yangwebinar Vito Henjoto pada 17 Januari 2022 berguna. Vito merupakan seorang trader profesional, mentor dan pakar strategi teknikal dengan lebih daripada lapan belas tahun pengalaman dalam pasaran kewangan.

Kemungkinan kemelesetan global pada tahun 2023

Salah satu kebimbangan utama untuk tahun 2022 adalah kemelesetan global yang kelihatan semakin menghampiri. Paul Joseph Mendoza, seorang trader dan jurulatih dari Filipina, percaya bahawa kemelesetan berkemungkinan besar untuk berlaku dalam keadaan semasa:

'Akibat daripada kesan berterusan COVID (terutamanya di China), peperangan antara Rusia dan Ukraine, dan pusat bank di seluruh dunia yang menaikkan kadar faedah secara serentak sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023.'

Saeed Ahmed Shaikh mempunyai pendapat yang sama, dengan menyatakan:

'Pada pendapat saya, kemelesetan tidak dapat dielak disebabkan oleh beberapa faktor utama. Dahulu ekonomi akan mengikuti lengkung Phillips di mana inflasi akan diganti dengan tahap pekerjaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, kali ini, kisahnya berbeza sama sekali. Persekitaran inflasi secara paradoks dipenuhi dengan pengangguran. Kombinasi kedua-dua kejahatan ini boleh membawa kemusnahan kepada ekonomi. Oleh itu, jangkaan kemelesetan nampaknya semakin munasabah.'

Masa depan pasaran mata wang kripto

Malah sebelum kejatuhan FTX, trend pasaran kripto menurun, dengan bitcoin kadang-kadang jatuh lebih 70% sejak Disember 2021. Apabila FTX jatuh, lebih daripada sejuta orang kehilangan wang mereka, secara mendadak memberi impak kepada keseluruhan pasaran. Mengulas tentang itu, Saeed Ahmed Shaikh berkata:

'Saya boleh katakan yang kejatuhan FTX itu sendiri merupakan satu peluang untuk trader melihat dari sudut lain dan menjual token FTX apabila berita tentang kejatuhan diketahui. Trader pintar tidak sepatutnya ketinggalan sebarang peristiwa global. Ingat, kerjaya kita bebas-kemelesetan; kita membeli ketika ekonomi meningkat dan penjualan tak terduga.'

Bercakap tentang mata wang kripto secara am, Gero Azrul, trader sepenuh masa dari Malaysia dengan lebih daripada empat belas tahun pengalaman, menekankan bahawa:

'Saya tidak fikir ia akan menggantikan sebarang aset fizikal yang kita ada sekarang. Ia adalah peluang baharu, di mana, saya percaya, akan terus menjadi relevan untuk kebanyakan pelabur.'

Apakah aset yang pelabur perlu perhatikan dalam suku pertama 2023

Ambrose Ebuka telah menamakan beberapa aset beliau akan ikuti di permulaan 2023:

'Dalam bulan-bulan akan datang, saya akan memberi tumpuan kepada pasangan utama USD, EUR, dan emas. Rizab Persekutuan telah memberi bayangan berlaku lonjakan berterusan kadar faedah pada 2023. Walau bagaimanapun,saya menjangkakan pembalikan aliran menaik ke atas A.S. indeks dolar semasa jangkaan ke atas kadar pengangguran kekal tinggi, dan kebimbangan kemelesetan berlarutan. Kita dapat melihat peralihan daripada mengekang inflasi kepada memerangi kemelesetan.'

Untuk Paul Joseph Mendoza, aset itu adalah EURUSD, emas, minyak, dan gas, sementara Saeed Ahmed Shaikh akan menumpukan kepada mata wang dan indeks saham utama global kerana 'ketika krisis, ketidaktentuan mata wang dan indeks meningkat dan untuk komoditi pula jatuh.' Sementara itu, Gero Azrul akan memberi tumpuan kepada AUD dan emas.

Dari global ke tempatan: nasib ekonomi serantau dalam 2023

Pakar OctaFX juga telah berkongsi ramalan mereka untuk masa depan keadaan kewangan ekonomi tempatan. Maka, Paul Joseph Mendoza telah berkongsi pandangan beliau tentang ekonomi Filipina:

Ekonomi Filipina diramal berkembang lebih cepat daripada yang dijangkakan sebelumnya, di sokong oleh permintaan domestik lebih kuat-daripada-jangkaan didorong oleh peningkatan dalam pekerjaan dan pemulihan dalam pelancongan selepas negara menarik balik sekatan pergerakan COVID-19, satu-satunya perkara yang menakutkan rakyat Filipina sekarang ini adalah Dana Pelaburan Maharlika di mana dana kesihatan berdaulat yang dicadangkan untuk mereka di Filipina.'

Ambrose Ebuka menekankan kesusahan yang mungkin di hadapi oleh ekonomi Nigeria pada tahun akan datang:

Ekonomi Nigeria dijangka meningkat pada purata 3% dalam 2023-2024. Walau bagaimanapun, penurunan dalam pengeluaran minyak, kenaikan inflasi seperti yang dijangkakan dan fiskal berterusan dan tekanan hutang adalah risiko penurunan. Perbelanjaan bajet 2023 sebanyak 20.51 trilion nairas ($43.7 bilion) adalah yang tertinggi sekali, dan lebih daripada 40% bajet ini dijangka dibiayai dengan hutang baharu. Pilihan raya Presiden dan Gabenor 2023 membimbangkan dan boleh membawa kepada ketidakpastian ekonomi.'

Saeed Ahmed Shaikh menerangkan dengan satu perspektif menarik terhadap Yen Jepun:

'Untuk memilih satu mata wang, saya boleh menyatakan bahawa Yen Jepun nampak seperti akhirnya mencabar USD pada Disember dalam pengumuman oleh Bank of Japan (BOJ). Selepas mengalami penurunan berpanjangan, Yen nampaknya telah akhirnya sedar dan menolak kembali terhadap dolar. Mata wang ini seperti menjadi tempat untuk pergi untuk trader mata wang tunggal dalam 2023.'

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh trader dalam 2023

Sementara pakar menjangkakan 2023 akan penuh dengan peristiwa yang banyak memberi kesan terhadap pasaran, Gero Azrul mencadangkan trader untuk memberi tumpuan ke atas teknik pengurusan risiko mereka dan membangunkan minda yang betul untuk perdagangan dalam suasana yang sangat tidak menentu. Namun begitu, Saeed Ahmed Shaikh mendesak trader untuk mengingati aspek positif turun naik tinggi:

'Satu fakta mudah untuk diingat sebagai trader iaitu turun naik adalah rakan anda. Semakin tidak menentu pasaran, semakin banyak peluang yang ia tawarkan. Jika ada badai dalam pasaran, maka tiba masa untuk mewujudkan kedudukan pendek. Jika ada larian bul, tiba masa untuk anda membeli jalan masuk anda. Tidak ada perkara seperti takutkan kemelesetan bagi trader. Kadang-kadang, kemelesetan mungkin bertukar menjadi rakan karib mereka.'




Hashtag: #OctaFX

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang OctaFX
Tentang OctaFX
adalah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen kepada pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 150 negara dengan lebih daripada 12 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang mereka sediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif inisiatif amal dan kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana.

Sebagai nota sampingan, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 50 anugerah sejak ia ditubuhkan, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 daripada World Finance dan anugerah 'Broker Global Terbaik Asia' 2022 daripada International Business Magazine.

SOURCE:

OctaFX

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

18 Jan 2023

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW