Token Metasens Meningkat 1000%, Jumlah Dagangan Minggu Pertama Melebihi AS$60J



Permainan NFT Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi pada Rantaian Binance, Token UCG Kedua yang Dilancarkan dalam bulan Mac

Hong Kong SAR - Media OutReach - 22 Mac 2022 - Metasens, projek metaverse bawah naungan Imperium Technology Group (Kumpulan 0776.HK), menampilkan token kemunculan pertama global MSU dalam pertukaran mata wang kripto gred institusi AAX pada 4 Mac. Nilai token melonjak lebih 1000% pada hari pertama penyenaraian daripada 0.25 USDT kepada hampir 3 USDT. Jumlah dagangan untuk minggu pertama telah melebihi lebih daripada AS$60 juta.

$MSU Meningkat 1000%
$MSU Meningkat 1000%

Metasens dan MSU sangat dicari di Hong Kong dan Taiwan serta menarik pengguna dari seluruh dunia termasuk Filipina, Vietnam, Malaysia, Thailand, United Kingdom dan sebagainya. Projek ini akan meningkatkan momentum dan memperdalam perkongsian dengan pasaran Asia Tenggara dan komuniti global. Di negara termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, perbincangan berkenaan Metasens hangat dalam kalangan persatuan[1] dan komuniti permainan terkemuka. Projek ini telah mencapai kerjasama peringkat seterusnya dengan persatuan serantau utama juga bersedia secara aktif untuk pelbagai aktiviti AMA[2] merentas wilayah dan merentas benua.

Mula-mula dibina dan dilancarkan pada rantaian ethereum yang merupakan salah satu rantaian blok paling popular dalam kalangan permainan NFT, pasukan Metasens kini merancang untuk mengembangkan dan memindahkan sebahagian daripada projek itu ke rantaian Binance untuk menurunkan bayaran gas dan meningkatkan kecekapan operasi. Strategi "berbilang rantaian" juga akan membolehkan pengguna memiliki lebih banyak pilihan dan fleksibiliti. Kemunculan sulung pada rantaian Binance dijangka mencapai kemajuan peringkat pertama pada akhir bulan Mac.

Metasens juga akan memulakan satu siri aktiviti pemberian token, termasuk sejumlah 50,000 token MSU yang bernilai AS$150,000 dan sejumlah 8,888,888 token UCG yang bernilai lebih daripada AS$20,000 untuk diberikan kembali kepada komuniti dan peminat. Sebagai tanda tadbir urus bersama warga Metasens, UCG akan dilancarkan secara rasmi dalam bulan ini. Metasens juga merancang satu siri aktiviti pemasaran merentas platform dalam beberapa bulan akan datang untuk mengekalkan populariti dan gembar-gembur projek secara proaktif.



[1] Persatuan permainan: organisasi permainan dalam talian yang menyediakan platform untuk pemain berkomunikasi, bertukar-tukar idea atau membentuk pasukan. Sesetengah persatuan menyediakan pemain dengan sumber, termasuk petua permainan, peralatan, strategi dan juga perkhidmatan.

[2] AMA (Ask Me Anything), merupakan bentuk komuniti dan aktiviti penglibatan peminat yang paling biasa dalam medan blok rantai dan kripto.


The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Perihal Metasens
Perihal Metasens
Metasens ialah projek metaverse yang dilancarkan oleh Imperium Technology Group (0776.HK) pada suku ke-4 2021. Sebagai projek GameFi pertama yang dibangunkan oleh syarikat tersenarai bursa di Hong Kong, ia bertujuan untuk menyediakan platform GameFi terbuka, membina Taman Hiburan Universal bersama-sama komuniti dan pemain global. Metasens berpusat di sekitar Holosens, "planet" teras metaverse ini yang menghubungkan beberapa planet lain yang mengorbit di sekelilingnya, membentuk galaksi kosmik yang lengkap. Setiap planet mengandungi genre permainan bebas yang akan merangkumi RPG, STG, Menembak, A-AVG, Kad, Permainan Sosial Kasual dan sebagainya. Visi Metasens adalah mengintegrasikan permainan tradisional dengan teknologi blok rantai dan NFT untuk mengurangkan halangan kemasukan untuk orang ramai, memenuhi keperluan hiburan kumpulan umur dan demografi yang berbeza, serta mencipta metaverse yang pelbagai dan unik untuk semua.

Laman web rasmi Metasens:
Laman web rasmi METASNAKE:
Kertas Putih Metasens:

Lawati saluran media sosial Metasens dan sertai komuniti global:
Facebook:
Medium:
Twitter:
Discord:
Telegram: ;
SOURCE:

Imperium Technology Group

CATEGORY:

Digital Currency : Cryptocurrency

PUBLISHED ON:

22 Mar 2022

Past Press Releases

#Digital Currency #Business & Finance

11 March 2022

Metasens Token Skyrocketed by 1000%, 1st-Week Trading Volume Over US$60M

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW