Kenanga Investment Bank Umum Kenaikan 37.4% Untung Bersih bagi Sembilan Bulan Pertama Berakhir 30 September 2021



SOROTAN PENTING

9B2021 berbanding dengan 9B2020

  • Untung Bersih sebanyak RM86.5 juta, naik 37.4%
  • Pendapatan bersih sebanyak RM586.3 juta, naik 1.4%
  • Perbelanjaan operasi sebanyak RM490.7 juta, berkurang 1.7%
  • Pulangan atas Ekuiti sebanyak 11.3%, naik daripada 9%
  • Perolehan Setiap Saham sebanyak 11.86 sen, naik 32.1%
  • Pendapatan Pelaburan Dagangan Ekuiti sebanyak RM56.0 juta, naik 40.2%
  • Bahagian Pasaran bagi Pembrokeran Saham Runcit sebanyak 23.5%, naik daripada  21.9%
  • Aset Di Bawah Pengurusan (AUA) sebanyak RM16.3 bilion, naik 18.4%


KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 25 November 2021 - Bank pelaburan bebas terkemuka Malaysia, Kenanga Investment Bank Berhad ("Kenanga" atau "Kumpulan") hari ini mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM86.5 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2021 ("9B21"), iaitu peningkatan daripada RM63 juta bagi tempoh sama pada tahun lepas ("9B20").



Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad

 

Pendapatan bersih tahun berakhir (YTD) berjumlah RM586.3 juta, naik sebanyak 1.4% daripada tempoh yang sama sebelumnya, manakala perbelanjaan operasi berkurang sedikit kepada RM490.7 juta.  Pulangan ke atas Ekuiti Tahunan (ROE) berdasarkan 9B21 adalah sebanyak 11.3% berbanding dengan 9.0% pada 9B20.

 

Perolehan yang kukuh terutamanya disebabkan oleh sumbangan lebih tinggi daripada perniagaan pembrokeran saham dan pengurusan pelaburan, di samping bahagian keuntungan daripada usaha sama dengan Rakuten Trade Sdn Bhd. 


Bahagian Pembrokeran Saham Kenanga Investment Bank mencapai PBT sebanyak RM68.8 juta bagi 9B21 berbanding dengan RM52.7 juta daripada tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh faedah bersih lebih tinggi, pendapatan dagangan dan pelaburan bersih yang lebih baik, di samping perbelanjaan kerugian kredit yang lebih rendah. Pendapatan pelaburan dagangan ekuiti bersih meningkat kepada RM56.0 juta, naik 40.2% daripada tempoh yang sama. Bahagian ini terus mengembangkan bahagian pasarannya, terutamanya dalam segmen runcit, daripada 21.9% kepada 23.5%, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu broker runcit terbesar dalam pasaran. Dalam tempoh yang sama, Rakuten Trade mencapai satu lagi kemajuan dengan platform dagangan dalam talian yang berkembang pantas, melebihi 200,000 akaun berdaftar.    

 

Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Kekayaan Kenanga Investment Bank mencatatkan PBT paling tinggi dalam rekod, melonjak lebih tiga kali kepada RM20.6 juta dalam tempoh sembilan bulan berbanding dengan RM7.6 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. Peningkatan yang ketara ini disebabkan oleh penjanaan pendapatan fi prestasi dan fi pengurusan lebih tinggi yang disokong oleh peningkatan aset di bawah pengurusan (AUA) dan kekuatan agensi jualan. AUA berjumlah RM16.3 bilion, meningkat sebanyak 18.4% daripada tempoh yang sama tahun lepas. 

 

Bagi suku tahun dalam tinjauan, hasil dan untung bersih sebelum cukai dipengaruhi oleh jumlah dagangan yang semakin lemah di Bursa Malaysia, mengakibatkan pembrokeran bersih serta pendapatan dagangan dan pelaburan yang lebih rendah. Bagi S3 2021, hasil bersih berjumlah RM202.6 juta, manakala keuntungan sebelum cukai berjumlah RM26.3 juta.

 

"Dengan pembukaan semula secara beransur-ansur semua sektor ekonomi dan pemansuhan sekatan, disokong oleh kemajuan kempen vaksinasi COVID-19, penggunaan langkah-langkah rangsangan dan timbulnya keadaan permintaan yang kukuh, kami kekal optimis secara berwaspada terhadap prospek ekonomi negara memasuki tahun baharu," ujar Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad.

 

"Walau bagaimanapun, kita kini menyaksikan penyusutan dalam aktiviti dagangan bukan sahaja di Bursa Malaysia, tetapi juga di beberapa bursa utama lain di seluruh dunia. Hal ini berkemungkinan memberikan impak kepada hasil suku tahun yang seterusnya, namun secara keseluruhannya, meraih manfaat daripada kekuatan menerusi aliran hasil pelbagai kami, kami berada di landasan yang betul untuk mengakhiri tahun ini pada asas yang kukuh, berbanding dengan prestasi tahun lepas," tambah Datuk Chay. 

 

"Dengan model perniagaan kami tertumpu pada pendigitalan, dan amalan berterusan kehematan di seluruh operasi kami, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk terus mengembangkan perniagaan dan menghasilkan nilai pemegang saham jangka panjang," jelas Datuk Chay.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my.

 



The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)

Ditubuhkan lebih 45 tahun lalu, Kenanga Investment Bank Berhad ("Kumpulan") merupakan kumpulan kewangan di Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembrokeran ekuiti, perbankan pelaburan, perbendaharaan, perbankan Islamik, derivatif tersenarai, pengurusan pelaburan, pengurusan kekayaan, pemberian pinjaman berstruktur dan pembiayaan perdagangan.

 

Kumpulan telah meraih beberapa anugerah dan penghargaan cemerlang yang mencerminkan kedudukan pasaran Kumpulan yang kukuh.  Kumpulan telah menerima anugerah di bawah kategori Organisasi Peserta Ekuiti Terbaik Keseluruhan daripada Bursa Malaysia, Peserta Perdagangan Derivatif Terbaik, Pengeluar Waran Berstruktur Terbaik, Organisasi Peserta Ekuiti Runcit Terbaik, Bank Pelaburan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik; di samping Peserta Pelaburan Terbaik dan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik serta bagi Ekuiti dan Derivatif Kewangan selama 18 tahun berturut-turut. Kumpulan juga telah menerima pengiktirafan daripada Bursa Malaysia bagi kategori Perdagangan Derivatif Institusi Terbaik.

 

Kumpulan masih menjadi penerima berkala dan berulang bagi penghargaan industri yang terunggul seperti anugerah Lipper, Fundsupermart dan Morningstar. Bagi usaha berterusan Kumpulan dalam program jangkauan komuniti dan kerja sukarela kakitangan, Kumpulan telah meraih anugerah syarikat rebutan sepanjang tahun bagi program kesedaran alam sekitar dan kemampanan dalam Anugerah Kemampanan & CSR Malaysia 2020.

 

Pada hari ini, Kenanga Investment Bank Berhad merupakan bank pelaburan bebas  yang terunggul dan terkemuka di Malaysia dengan komitmen berterusan kepada usaha memacu kolaborasi, inovasi dan pendigitalisan di pasaran.


#Kenanga 

SOURCE:

Kenanga

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

25 Nov 2021

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW