Kenanga Investors Lancar Frontier Fund



Dana Hadapan Siri Kemampanan Kenanga akan terus merapatkan jurang antara pelabur runcit dengan syarikat teknologi global masa hadapan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 28 Oktober 2021 - Kenanga Investors Berhad ("Kenanga Investors") telah mengumumkan pelancaran Siri Kemampanan Kenanga: Frontier Fund ("the Fund").  



Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors

 

Dana ini bertujuan melabur terutamanya dalam sekuriti ekuiti syarikat-syarikat global yang canggih dan inovatif yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang yang mampan, hampir membuat tawaran awam awal, dan mempunyai atau akan membangunkan produk dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan inovasi berpacukan teknologi. 

 

Kenanga Investors meramalkan pelbagai kemungkinan pelaburan yang penting dalam pertumbuhan ini atau usaha niaga peringkat terkemudian, dengan tema asas mereka bersepadu dalam memberikan tumpuan pada Generasi Akan Datang (Next Generation), atau inovasi berpandangan ke hadapan yang pada masa ini membentuk industri masa hadapan, seperti ekonomi ruang, metaverse (rangkaian persekitaran maya), penjagaan kesihatan, teknologi kewangan (fintech) dan keselamatan siber.  Dana ini akan membolehkan pelabur mendapatkan penjanaan nilai yang mampan daripada syarikat-syarikat ini, yang sebelumnya hanya tersedia secara eksklusif kepada pelabur institusi.

 

Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors menjelaskan bahawa firma berhasrat untuk membentuk semula ruang ekuiti swasta sedia ada di Malaysia dengan memberikan tumpuan pada usaha menangani kurangnya laluan yang tersedia kepada para pelabur untuk mengakses peluang pelaburan dalam perniagaan permulaan (start-ups) awal yang terkenal dan sukar dijangkau. "Sejak tahun 2016, syarikat-syarikat digital yang pesat membangun telah mengatasi "ekonomi lama" dengan menjadi lima syarikat korporat paling bernilai. Berdasarkan perkembangan berterusan teknologi baharu, bukanlah sesuatu yang menghairankan bahawa syarikat teknologi baharu kini semakin bercambah. Kami telah memulakan proses merapatkan jurang antara peserta terkemuka 'Big Tech' yang baharu dengan para pelabur kami sejak tahun 2019.  

 

"Pencapaian yang terhasil sangat memuaskan hati para pelabur kami dalam pelbagai cara; daripada pempelbagaian portfolio kepada penerokaan dunia pelaburan baharu yang melewati dunia pelaburan tradisional, dan oleh yang demikian, permintaan terhadap penawaran yang sama telah meningkat. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Dana ini kepada pasaran dan para pelabur yang dahulunya tidak berpeluang mengambil bahagian akan berpeluang melakukannya pada kali ini," kata beliau. 

 

Tumpuan dana terhadap kejayaan teknologi hadapan melambangkan perjalanan Kenanga Investors ke arah pelan strategik pelaburan yang mampan,  "Teknologi hadapan mencerminkan pelbagai peluang dalam menggalakkan keluk pembangunan masa depan, daripada penggunaan teknologi untuk mengurangkan pengeluaran karbon, penemuan perubatan baharu untuk mendorong pemerkasaan pesakit kepada pendemokrasian perkhidmatan kewangan, kemunculan teknologi hadapan akan membolehkan manfaat sosial yang lebih besar dan memacu pulangan yang mampan," jelas De Alwis. 

 

Dana ini disalurkan ke dalam Dana Frontier Ericsenz dan sesuai untuk pelabur canggih yang mempunyai tempoh pelaburan jangka pertengahan dan panjang.  Tempoh tawaran awal adalah dari 27 Oktober hingga 3 Disember, 2021.  Dana ini tersedia dalam kedua-dua kelas MYR dan USD. Oleh itu, pelabur boleh memilih untuk melabur dalam mata wang pilihan mereka.    

 

Pengurus Dana Sasaran, Ericsenz Capital Pte. Ltd, merupakan firma modal usaha niaga dan ekuiti swasta yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura yang mempunyai pengalaman kolektif hampir 100 tahun dalam berurusan dengan syarikat pasaran pertengahan berpertumbuhan tinggi dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan, pengguna dan tenaga. Ericsenz dikenali bagi rangkaian profesional dan sekutu yang kukuh yang menyediakan cerapan yang bernilai kepada jenama teknologi global.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors Berhad, sila kunjungi  www.kenangainvestors.com.my

 

Disclaimer: Investors are advised to read and understand the contents of the Fund's Information Memorandum and PHS which have been lodged with the Securities Commission ("SC"), who takes no responsibility for its contents, related advertisements or marketing materials. The advertisement has not been reviewed by the SC. Investment involves risk. The information contained herein does not constitute any investment advice and does not regard an investor's specific investment objectives, financial situation and particular needs. Investors are advised to seek consultation from a licensed professional adviser before investing. Past performance is not indicative of future performance. Kenanga Investors Berhad 199501024358.




The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About Kenanga Investors Berhad 199501024358
About Kenanga Investors Berhad 199501024358

We provide investment solutions ranging from collective investment schemes, portfolio management services, and alternative investments for retail, corporate, institutional, and high net worth clients via a multi-distribution network.


Most recently, the FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2021/2022, named Kenanga Balanced Fund as "Balanced – Malaysia" for the 3rd year, Kenanga ASnitaBOND Fund as the "Core Fixed Income – Malaysia (Islamic)" for the second time, while Kenanga OnePRS Conservative Fund was awarded the "Private Retirement Scheme – Conservative" title (3rd year).


At the Refinitiv Lipper Fund Awards 2021 (Malaysia), KIB won overall best Malaysia Islamic Funds Group Awards (Equity) and Malaysia Provident Funds Group Awards (Mixed Assets). The Kenanga SyariahEXTRA Fund was awarded "Mixed Asset MYR Balanced - Malaysia" award for 3-years and 5-years in both categories of Malaysia Islamic Funds and Malaysia Provident Funds while the Kenanga Growth Opportunities Fund won "Equity Malaysia Small & Mid-Caps" for 3-years under the Malaysia Provident Funds category. Kenanga SyariahEXTRA Fund also won "Mixed Asset MYR Balanced – Malaysia" for 3-years and 5-years at the Refinitiv Lipper Fund Awards 2021 (Global Islamic). The Hong Kong-based Asia Asset Management's 2021 Best of the Best Awards awarded KIB under the following categories, Malaysia - Best Equity Manager, Malaysia CIO of the Year, Malaysia – Best Islamic Fund (Equity), and Malaysia Best House for Alternatives.


For the fifth consecutive year, KIB was affirmed an investment manager rating of IMR-2 by Malaysian Rating Corporation Berhad, since first rated in 2017. The IMR rating on KIB reflects the fund management company's well-established investment processes and sound risk management practices. During the first half of 2021, KIB's 20 largest unit trust funds outperformed its benchmarks for the one-year, three-year and five-year periods. 

SOURCE:

Kenanga

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

28 Oct 2021

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW