Pedagang Malaysia berkongsi kisah kejayaan mereka yang diinspirasikan oleh OctaFX



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 1 Oktober 2021 - Broker global OctaFX telah menyiarkan episod terakhir projek wawancara YouTube mereka 'Kisah Telus Kejayaan'. Wawancara ini memaparkan kisah-kisah sebenar kejayaan selebriti terkemuka di Malaysia. Walau bagaimanapun, projek ini bukan sekadar mendedahkan kisah susah dan senang perjalanan kerjaya selebriti-selebriti terkenal ini. Ia telah mewujudkan dialog unik antara pedagang Malaysia yang berkongsi kisah mereka sendiri di dalam ruangan komen.




 

Dalam siri wawancara broker global 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan', selebriti Malaysia berkongsi tentang kesusahan yang mereka lalui yang membawa kejayaan kepada mereka. Penonton mendengar perkongsian daripada ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri, pelakon Dato' Aaron Aziz, pelakon Janna Nick, pelawak Harith Iskander, ahli muzik Altimet, dan usahawan fesyen Wak Doyok. Pelakon popular Fizo Omar telah menemu bual tetamu-tetamu ini.

 

Projek ini telah mencetuskan minat dari para penonton—enam episodnya telah ditonton lebih daripada satu juta kali. Apa yang menjadikan ia lebih berharga, wawancara ini mendapat respons yang kuat daripada penonton. Penonton siri ini telah membanjiri ruangan komen di bawah setiap video dengan kisah kesusahan dan kejayaan mereka sendiri.

 

Mengatasi kesukaran berkaitan kerja

Penulis komen berkongsi antara satu sama lain tentang kesukaran dalam kerjaya mereka—kekurangan sokongan daripada keluarga dan rakan sekerja dan perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, seperti kehilangan pekerjaan dan mencari cara baru untuk menjana pendapatan.

 

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, mereka telah menggunakan pelbagai strategi berbeza untuk terus bertahan. Sesetengahnya bertukar kerja untuk mencari peluang yang lebih baik, dan yang lain pula terus 'memaksa diri untuk bertahan seboleh mungkin' sambil menghadapi ketidakpastian dalam kehidupan peribadi mereka. Selain itu, ramai yang berkongsi bahawa mereka menjadi pedagang Forex bagi mendapatkan pendapatan tambahan atau untuk memperbaiki situasi kewangan mereka yang terkesan akibat pandemik ini. Salah seorang daripada mereka yang telah menjadi pelanggan OctaFX telah membuat penelitian bahawa 'perdagangan membantu menjana pendapatan dengan sebarang pelaburan awal'.

 

Ramai yang mendapat inspirasi dan galakan daripada projek wawancara ini dan mengatakan bahawa inisiatif sebegini membantu mereka untuk kekal fokus dan gigih apabila dibimbing oleh mereka yang telah berjaya dari segi kewangan sebagai contoh.

 

Pengurusan kewangan: apa yang sepatutnya dilakukan dengan cara yang berbeza?

'Jika saya boleh mengundur masa, saya akan berikan tumpuan kepada pengurusan kewangan,' kata seorang penonton. Penulis komen lain berkongsi peraturan peribadi perancangan kewangan mereka yang telah dibangunkan melalui pengalaman. Ia termasuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan tidak takut untuk bermula dari bawah, mengasingkan pendapatan dan 'mementingkan keperluan dan bukannya keinginan', belajar tentang pelaburan daripada pakar dan memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuknya, mengelakkan hutang, dan mencari sumber tambahan seperti perniagaan sampingan, unit amanah, dan perdagangan Forex. Penonton juga telah menekankan tentang kepentingan melabur dengan broker yang boleh dipercayai dan menamakan OctaFX sebagai salah satu daripadanya: 'Simpan dan deposit wang ke platform yang boleh dipercayai seperti OctaFX', 'OctaFX adalah yang terbaik untuk mula melabur'.

 

Menyimpan wang dan menggunakan pendapatan dari pelaburan

Mereka yang telah berkongsi strategi kewangan mereka mendapati bahawa disiplin dan ketepatan adalah penting dalam perancangan kewangan. Ramai yang mengesyorkan supaya meletakkan jumlah tetap, 10 hingga 20 peratus pendapatan, kepada simpanan, membezakan 'keperluan' dan 'keinginan' untuk mengelakkan 'pembaziran kewangan', dan melawan keinginan untuk membelanjakan wang untuk perkara yang tidak penting. Untuk langkah seterusnya, mereka mengesyorkan supaya melaburkan semula pendapatan daripada Forex atau pelaburan lain dalam hartanah atau perniagaan kecil: 'Pada pendapat saya: biar wang bekerja untuk saya, dan bukannya saya bekerja untuk wang bagi mencapai kebebasan'.

 

Menjana pendapatan melalui hobi

Apabila tetamu selebriti 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' berkongsi tentang semua pengalaman kerja yang pernah mereka lakukan sebelum menjadi kaya dan terkenal, penonton mendapat inspirasi untuk meneliti kembali hobi-hobi mereka sendiri dan perkara yang mereka cuba lakukan. Ramai penulis komen mengaku bahawa mereka serius untuk menjadikan aktiviti hobi mereka sebagai sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Mereka menyebut tentang beberapa bidang seperti rekaan grafik, pengekodan, penerbangan drone, fotografi, suntingan video, dan juga gaming.

 

Buku-buku yang disyorkan

Akhir sekali, penonton telah berkongsi beberapa buah buku yang sama ada telah membantu mereka untuk memahami perancangan kewangan atau memberi inspirasi kepada mereka untuk berusaha mencapai matlamat kewangan mereka. Mereka telah mengesyorkan 'The New Market Wizards' oleh Jack D. Schwager untuk 'mengintip perbualan dengan pedagang terbaik Amerika dan memahami cara pemikiran mereka'. Seseorang juga telah mengesyorkan buku berjudul 'The Alchemist' oleh Paulo Coelho: 'Ia adalah sebuah kisah tentang meraih impian anda. Setiap orang perlukan impian besar kerana ia percuma tetapi memberikan kita sebuah harapan.' 'Currency Trading for Dummies', 'Reminiscences of a Stock Operator', 'The 4-Hour Workweek: Escape 9-5, Live Anywhere, and Join the New Rich', dan 'Psychology of Selling' juga adalah antara buku-buku yang disyorkan.

 

'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' telah menjadi titik pertemuan untuk selebriti Malaysia dan orang ramai yang berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan. Selebriti-selebriti ini telah berkongsi secara telus tentang cara mereka mencapai status semasa dan kisah sebenar perjalanan ini buat mereka, manakala orang ramai yang lain menyedari bahawa orang yang telah berjaya juga tidak sentiasa mendapat apa yang mereka mahukan dan perlu bekerja keras dan mengatasi banyak kesukaran untuk mencapai kejayaan.

 

OctaFX sebelum ini telah berkongsi kisah kejayaan ini dengan pedagangnya. Walau bagaimanapun, projek ini adalah yang pertama yang membawakan kisah peribadi yang telus dari selebriti terkenal dan menjadikan ia mudah untuk diterima oleh orang ramai. Wawancara ini mendapat maklum balas memberangsangkan dari penonton dan mendorong mereka untuk berkongsi dan berbincang tentang kebimbangan dan pencapaian mereka sendiri dengan orang lain melalui ruangan komen. Melalui dialog bersama ini, selebriti dan penonton dapat merenungkan bersama-sama tentang betapa rumitnya mencapai sebuah kejayaan kewangan, dapat mempelajari pelajaran kewangan yang berguna, dan paling penting tidak berasa keseorangan dalam perjalanan mereka sendiri




The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX

OctaFX adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian sejak 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2021' dari World Finance dan anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia 2021' daripada Global Banking & Finance Review. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikannya.


#OctaFX

SOURCE:

OctaFX

CATEGORY:

Business

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

01 Oct 2021

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW