Empat Pasukan Teratas Malaysia Akan Bertanding di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir, Satu Daripada Kejohanan ESport Terbesar di Asia Tenggara



Geek Fam Ladies dan Richie Angels akan menyertai FANX MY dan RSG untuk mewakili Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 15 Jul 2021 - Geek Fam Ladies dan Richie Angels telah memenangi Kejohanan Wanita pada hari Ahad (4/7) sekaligus menutup tirai UniPin SEACA 2021 Malaysia Qualifier. Kedua-dua pasukan ini akan menyertai FANX MY dan RSG, yang telah berjaya menumpaskan 14 pasukan lain di Kejohanan Terbuka peringkat akhir, untuk mewakili Malaysia di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir. Semua pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri akan bertanding di peringkat akhir pada bulan November ini. Setiap negara akan diwakili oleh empat pasukan untuk bertanding merebut gelaran paling berprestij sebagai pemenang UniPin SEACA 2021.




UniPin telah bekerjasama dengan eWallet Touch 'n Go, dompet digital Malaysia yang paling popular dan dominan bagi rakyat Malaysia, untuk menganjurkan UniPin SEACA 2021 Malaysia Qualifier tahun ini.   Ia bermula dengan Kejohanan Terbuka Malaysia UniPin SEACA 2021 yang telah diadakan secara atas talian dari 23 hingga 27 Jun 2021. Dalam empat hari tersebut, 144 pasukan dari seluruh negara telah bertarung selama 3 hari untuk peringkat saringan kelayakan bagi menghadapi 8 pasukan jemputan khas di peringkat akhir nanti. Pasukan jemputan khas itu adalah RSG, DINGOZ Esports, Farang Esports, Evos VIP, FANX MY, MIRI MOB Ryzen Era, RHG Rogue dan NSEA. Pada penghujung acara tersebut, FANX MY dan RSG telah muncul sebagai dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu. FANX MY telah berjaya memperolehi skor sebanyak 3 kali winner winner chicken dinner dan mendapat 104 mata secara keseluruhan, sementara RSG menduduki tempat kedua dengan jumlah skor sebanyak 65 mata.


Berikutan dengan Kejohanan Terbuka itu, Kejohanan Wanita juga telah diadakan secara atas talian dari 1 hingga 4 Jul 2021. Sejumlah 57 pasukan esport wanita dari seluruh negara telah menyertai acara peringkat saringan kelayakan selama dua hari. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan di peringkat awal, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 14 pasukan. Untuk mendapatkan mata di papan markah, setiap pasukan perlu merentas melalui dua peta yang berbeza, Miramar dan Erangel.

Hanya 32 pasukan teratas di papan markah layak untuk meneruskan pada acara hari kedua. Akhirnya, hanya lapan pasukan sahaja yang mara ke pusingan akhir. Lapan pasukan dalam pusingan akhir ini adalah DR SC PPG, AURORA ACE ATHENA, KING MY SCARLET, FLORA, IVICT SASSY, Bapak Vixens, ESA ASTRA RUBBIES, dan VIP MYSTERIOUS VIXENS.


Pada hari Ahad (5/7), pasukan-pasukan di atas telah diketemukan dengan lapan pasukan jemputan khas yang satu lagi untuk pusingan akhir. Pasukan jemputan khas ini adalah Axis Femme, Geek Fam Ladies, Richie Angels, Envy Flora, Last Survivor Lady, President Elara, Santau Lavista Daisy, dan UEA Clamora. Dua daripada pasukan terbaik itu akan memenangi peluang melayakkan diri untuk  mewakili Malaysia di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir.


Geek Fam Ladies telah berjaya menduduki tangga teratas  dengan jumlah keseluruhan sebanyak 107 mata dan Richie Angels berada di tempat kedua dengan jumlah keseluruhan sebanyak 74 mata. Mereka akan mewakili Malaysia di peringkat akhir dengan menjadi pasukan teratas dalam Kejohanan Wanita itu. Kesemua empat pasukan yang menjadi juara juga turut memenangi hadiah wang berjumlah RM5,000.  Mereka kemudiannya akan bertanding di peringkat akhir untuk merebut hadiah utama sebanyak ASD15,000. Peringkat akhir dijadualkan akan berlangsung di Jakarta, pada bulan November 2021.


Walaupun ini merupakan kejohanan wanita yang julung kali diadakan oleh UniPin SEACA, kejohanan ini telah menerima sambutan dan penghargaan yang cukup tinggi dari komuniti esport di seluruh negara. Kejohanan akhir itu sendiri telah menarik lebih daripada 17,000 penonton live stream yang mahu mengikuti pertarungan sengit yang amat menyeronokkan antara semua pasukan yang mengambil bahagian.


Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkemaskini bagi kejohanan seterusnya oleh empat pasukan Malaysia di UniPin SEACA 2021, sila lawati seaca.gg atau akaun Instagram rasmi @seaca.gg. Semua video kejohanan sebelumnya boleh ditonton di laman Facebook UniPin Malaysia. Seluruh acara UniPin SEACA 2021 dibawakan oleh Komuniti UniPin (UNITY) dan segala butiran mengenai UNITY boleh diakses secara langsung di Instagram @unipincommunity.




The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai UniPin
Mengenai UniPin

UniPin (Universal Pin) merupakan penerbit hiburan digital yang terkemuka, dengan lebih daripada 15 juta pengguna aktif di 33 buah negara di seluruh dunia. Disokong oleh satu rangkaian saluran berbayar yang komprehensif, UniPin menyediakan pin elektronik (UniPin Credit) yang boleh digunakan dalam berbagai permainan dari berbagai pengeluar permainan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://corp.unipin.com.


#UniPin

SOURCE:

UniPin (Universal Pin)

CATEGORY:

Technology

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

15 Jul 2021

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW