KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 Februari 2021 - Kenanga Investment Bank Berhad ("Kenanga Group") hari ini mengumumkan bahawa pengambilalihan i-VCAP Management Sdn Bhd ("i-VCAP") melalui Kenanga Investors Bhd ("KIB"), anak syarikat milik sepenuhnya, telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. iVCAP merupakan pemenang anugerah perkhidmatan pengurusan pelaburan patuh Syariah di mana ia tertumpu kepada Dana Dagangan Bursa ("ETF") saham Islam.



Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad

 

"Kami konsisten dalam mencari jalan untuk terus memberikan penyelesaian pelaburan yang baru kepada pelanggan kami. Ini merupakan antara langkah asas dalam strategi kami untuk mengembangkan produk kepada pasaran yang lebih luas. Pasaran ETF adalah salah satu cabang yang berkembang pesat dalam pengurusan aset. Ini disebabkan aliran makro jangka panjang termasuk peningkatan penggunaan saluran pasif dan faktor digitalisasi yang akan menambahkan lagi permintaan produk". Tambah beliau, "Pemerolehan ini juga dapat memperluaskan lagi kemampuan untuk membina portfolio yang lebih baik dan dapat mempelbagaikan produk yang sedia ada, sekaligus dapat menambah rangkaian penyelasaian pelaburan. Penambahan ini juga memperkukuhkan lagi keupayaan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan dan secara tidak langsung mengembangkan lagi perniagaan kami".

 

Perjanjian tersebut merupakan pembelian kedua terbesar oleh pihak kewangan untuk perniagaan pengurusan aset dalam tempoh 14 bulan sejak pengambilalihan Libra Invest Berhad pada akhir tahun 2019. Dalam beberapa bulan terkini, secara aktifnya kumpulan ini telah mengambil bahagian dalam pelbagai usaha sama, pemerolehan latihan serta kepentingan strategik dalam perniagaan. Ia bertujuan untuk mempelbagaikan lagi jenis perniagaan yang terhasil berikutan prestasi kedudukan kewangan kumpulan yang positif dan kukuh pada tahun 2020.

 

Pemerolehan ini menunjukkan kemajuan yang lancar selepas setahun Kenanga Group menawan pasaran ETF  iaitu  OneETF by Kenanga, jalinan KLCI dan pembalikan ETF pertama di Malaysia yang mula diperkenalkan bersama rakan kongsi strategik, Yuanta Securities yang merupakan ETF terbesar di Taiwan dan peneraju ETF terkemuka di Asia. Ketua Pegawai Eksekutif KIB, Ismitz Matthew De Alwis berkata, "Perniagaan ETF i-VCAP sangat bersesuaian dengan OneETF oleh Kenanga kerana kami menjangkakan ia dapat memperluaskan lagi pasaran produk serta kepakaran kami dalam bidang pelaburan. Ini sekaligus membolehkan kami membantu pelanggan dalam mencapai objektif pelaburan mereka. Dengan ini, ia dapat merealisasikan penambahan ETF syarikat serta menambahkan produk Islam ke pasaran Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, KIB berpeluang memanfaatkan peluang ini untuk terus mengembangkan perniagaan ETF yang ada dengan skala ekonomi yang lebih besar untuk pelbagai rangkaian ETF. Dengan kerjasama rakan kongsi, penyelia dan penyedia perkhidmatan lain yang mendorong ETF dan pasaran modal Islam, KIB dapat memanfaatkan peluang ini untuk terus mengembangkan lagi dagangan ETF yang sedia ada dengan skala ekonomi yang lebih luas untuk banyak lagi rangkaian ETF".

 

Sebagai cabang pengurusan aset dan harta bagi Kenanga Investment Bank, Kenanga Investor menyediakan penyelesaian pelaburan termasuk skim pelaburan usaha sama, perkhidmatan pengurusan portfolio, ETF, perancangan kewangan dan pelaburan alternatif untuk pelanggan-pelanggan dalam bidang peruncitan, korporat mahupun institusi. Atas sebab inilah ia sering mendapat anugerah serta pengiktirafan daripada industri terkemuka seperti Refinitiv Lipper, Morningstar, FSMOne Recommended Unit Trusts Awards dan Asia Asset Managegement's Best of the Best Awards. Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investment Bank Berhad dan Kenanga Investors Berhad, sila kunjungi laman sesawang www.kenanga.com.my & www.kenangainvestors.com.my


Talk to Media OutReach today

Let Media OutReach help you achieve your communication goals. Send an email to info@media-outreach.com or click below. You will receive a response within 24 hours.

Contact us now