Jurugambar Kurang Upaya Penglihatan Guna Gerak Hati Untuk Menyumbang Karya Kepada Kalendar MSIG 2020



Kalendar Paparkan 12 Gambar Unik Bertemakan Keselamatan Jalan Raya

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 9 Disember 2019 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah bekerjasama dengan empat jurugambar kurang upaya penglihatan untuk menghasilkan kalendar korporatnya bagi tahun 2020. Kalendar bertemakan keselamatan jalan raya ini memaparkan 12 gambar yang unik dan menarik bertujuan untuk membantu masyarakat memikirkan soal keselamatan perjalanan dari sudut yang berbeza.

 

Empat karyawan tersebut, dengan tahap penglihatan yang berbeza, perlu bergantung kepada deria lain mereka untuk menghasilkan imej yang menarik dan luar biasa, dan dalam situasi ini mereka menekankan isu keselamatan jalan raya, memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perjalanan yang selamat membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Mereka berempat telah dipilih daripada program perintis Fotografi Deria yang dianjurkan oleh Pakatan Plus Community (pertama di Malaysia), berdasarkan keupayaan mereka dari segi visualisasi dan konsep.

 

En. Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, berkata, "Sebagai salah sebuah syarikat insurans motor terbesar di Malaysia dan penyokong Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu 3, kami berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keselamatan jalan raya dengan satu matlamat mutlak iaitu untuk mengurangkan separuh angka kemalangan jalan raya menjelang 2020. Kalendar ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang kami laksanakan untuk memberi perhatian kepada topik ini. Kami berbesar hati bekerjasama dengan komuniti kurang upaya penglihatan, sekaligus membuka peluang bagi mereka menyertai projek ini, dengan mengetengahkan bakat, menyuarakan pandangan dan menarik perhatian khalayak baharu kepada hasil seni mereka."

 

Sebanyak 12 imej telah dirakam dari seluruh Malaysia untuk menyampaikan kisah visual berserta keterangan bergambar menarik bagi menzahirkan pemikiran jurugambar ketika mengambil setiap gambar.

 

En. Chua Seck Guan merumuskan, "Sekadar mencetak dan mengedarkan kalendar tidak mencukupi untuk mencetuskan perubahan, tetapi kami percaya sentimen yang dibawa mengenai keselamatan jalan raya akan menjadi peringatan berguna kepada komuniti kita untuk sepanjang tahun, memastikan isu ini kekal dalam ingatan. Kami juga menganggap inisiatif ini akan menjadi peluang untuk mendekati dan menaikkan taraf komuniti kurang upaya penglihatan bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu 11, iaitu memberi tumpuan mencipta peluang bagi semua."

 

Empat jurugambar yang menyumbang kepada koleksi kalendar 2020 MSIG adalah termasuk:

 

Rashidi Bin Abdullah -- Mengalami masalah penglihatan terowong dan penglihatan yang semakin merosot, Rashidi tertarik dengan ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya. Beliau merakamkan kisah baharu berkenaan dengan manusia dan corak yang menarik. Rashidi telah menulis sebuah buku 'Monolog Budak Buta' yang menggabungkan puisi dan fotografi bagi memaparkan pengalamannya sebagai seorang insan yang kurang upaya, dan sebagai seorang penceramah motivasi yang kerap memberi syarahan di pusat tahanan juvana.

 

Vivian Kwek Chu Lan -- Walaupun mempunyai tahap penglihatan sangat rendah dan penglihatan malam yang amat terjejas, Vivian meminati fotografi luaran. Beliau sentiasa berfikiran jauh, merakam dunia dan manusia yang hidup dalamnya. Vivian merupakan penganjur dan penyelaras aktiviti bagi komuniti Orang Kurang Upaya Penglihatan (Visually Impaired Persons - VIP). 

 

Svivabalan A/L Selvarajan -- Kekurangan upaya penglihatan Sviva membataskan penglihatannya kepada bentuk yang kabur dan pengecaman dibuat dengan melihat dari jarak sangat dekat. Sebagai seorang jurugambar, beliau suka berjenaka dan bereksperimen dengan komposisi luar biasa dalam ruang umum. Sviva juga amat suka bermain catur dan bercita-cita menjadi jaguh catur. Beliau telah menyertai SUKMA sebagai pemain catur.

 

Theng Tze Young -- Buta sepenuhnya sejak terlibat dengan kemalangan kereta, Theng menjadi teladan walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran hidup, kejayaan luar biasa masih boleh dikecapi. Berpandukan deria sentuh dan dengar, beliau sentiasa menggunakan emosi sebagai kanta dirinya. Penglibatan beliau dalam bidang fotografi deria adalah untuk menjadi contoh kepada anaknya dan menunjukkan bahawa anda mampu mengatasi cabaran untuk mencapai impian anda.

 

Untuk melihat versi digital Kalendar MSIG Malaysia 2020 dan karya fotografi yang terkandung di dalamnya, sila layari https://www.msig.com.my/about/news-media/visually-impaired-photographers-contribute-their-intuitive-talents-to-msigs-2020-calendar


Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh** syarikat insurans am terulung di dunia.

 

Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,  MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

 

Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Pengiktirafan tersebut termasuk anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia News. MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmennya kepada kecemerlangan perkhidmatan pelanggan menerusi usaha menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari www.msig.com.my atau facebook.com/MSIGmy

 

*Setakat Dis 2018

**Fortune Global 500, 2018.

SOURCE:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

09 Dec 2019

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach today

CONTACT US NOW