Program “Accelerator” NEXEA Bertujuan Untuk Meningkatkan Pertumbuhan Startup 10 Kali Ganda



VC & Program “Accelerator” Terus Menyokong Pemimpin Teknologi Seterusnya

SELANGOR, MALAYSIA  - Media OutReach - 15 May 2019 - NEXEA dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk peringkat awal "Malaysian Startup Accelerator Program" telah dibuka. Pihak yang berminat boleh mendaftar dengan melayari laman web NEXEA mulai sekarang hingga 31 Mei 2019. Program ini disokong oleh mentor- mentor perniagaan yang berjaya dan juga pelabur- pelabur yang terkemuka.

 

NEXEA ialah sebuah firma modal teroka dan pencepat startup yang memberi sokongan serta dana kepada "startup" teknologi yang berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar. Syarikat ini diasaskan pada premis untuk membantu usahawan-usahawan teknologi masa hadapan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar, mengubah landskap pasaran serta mencipta perniagaan yang berjaya. Metodologi Pengesahan Startup NEXEA telah menyediakan tanda aras pemilikan bagi menilai startup dengan berkesan dan efisien. Seterusnya, Program Mentor Startup juga mempunyai rangkaian individu yang berjaya seperti usahawan, pelabur dan ahli perniagaan yang berjaya dalam perniagaan masing - masing (IPO, M&A). Rangkaian kenalan, pengetahuan dan pengalaman yang boleh dikongsi oleh para mentor kepada ahli --ahli program ini tiada tandingannya dan dapat memastikan kejayaan pengasas and perniagaan mereka. NEXEA merupakan pusat penggabungan idea, inovasi, perniagaan dan pelaburan.

 

NEXEA dan rakan-rakan kongsinya telah menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan daripada sektor korporat hingga teknologi, termasuklah bimbingan model perniagaan dan hasil, taktik pertumbuhan, teknik menjana hasil, refleksi tentang inovasi korporat, metodologi inovasi korporat dan konsep-konsep startup yang penting. Perkhidmatan korporat juga termasuk pengeluaran bayaran untuk pekerja untuk pembelajaran berasaskan pengalaman di "Accelerator". Proses tersebut akan memberi pencerahan tentang bagaimana startup dan "accelerator" merancang dan memberi tindak balas kepada 'gangguan' dan teknologi, pengesahan pasaran dan pertumbuhan serta taktik inovasi dalaman untuk memacu usaha inovasi korporat. Di samping itu, perkhidmatan teknologi pula merangkumi penyerahan-sempurna, bantuan kepakaran dan proses penyelesaian IT yang berpatutan untuk syarikat yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi.

 

Salah satu komponen utama dalam sebarang pelaburan ialah risiko dan pulangan. Dalam dunia startup yang berdaya saing tinggi, hanya 1 dalam 10 perniagaan mempunyai peluang untuk berjaya, pulangan atas pelaburannya juga sangat tinggi. Kebiasaannya, startup akan menjana pulangan dalam lingkungan 25% CAGR (Kadar Pertumbuhan Kompaun Tahunan). Kami di sini ingin mengurangkan jurang risiko dan pulangan serta membantu lebih banyak startup untuk berjaya dan meningkatkan CAGR. Himpunan usahawan yang berkemahiran tinggi dan ahli- ahli perniagaan dalam pasukan pengurusan "Angel Investor Network" NEXEA, mempunyai kepakaran, pengalaman industry dan modal untuk menggerakkan serta membangunkan kejayaan asas bagi startup. Justeru itu, risiko dunia keusahawanan dapat dikurangkan.

 

Mustahil untuk sesebuah perniagaan berjaya tanpa sokongan dan bantuan yang kuat. NEXEA sangat berbangga kerana mempunyai rakan kongsi seperti AWS dan HERE Technologies. AWS akan memberikan bantuan teknikal kepada finalis 20 teratas and 5 teratas dalam program "accelerator". Pemenang lima teratas program tersebut juga akan mendapat perkhidmatan kredit lokasi dan bantuan kejuruteraan daripada HERE Technologies, sebuah syarikat peneraju dalam bidang pemetaan and data lokasi. Melalui program accelerator ini bersama dengan bantuan rakan kongsi kami, Joseph Ting & Co, HELP University, Cradle, Ringcaptcha dan Hubspot, startups akan dilengkapi dengan pengetahuan yang tepat dan teknologi terkini untuk berkembang di rantau ASEAN.

 

Metodologi 'accelerator" ini bertujuan untuk membina syarikat yang boleh bertumbuh atau membesar sebanyak 10 kali ganda dalam jangka masa beberapa tahun yang pendek. Gabungan mentor yang berpengalaman, pakar dan rakan kongsi program "accelerator" boleh membuktikan kekuatan kerana syarikat- syarikat mereka yang terdahulu telah mencapai pertumbuhan sebanyak 3 hingga 16 kali ganda dalam setahun. Program ini juga dikenali untuk bantuan pasca "accelerator" dan kadar pembiayaan susulan yang melebihi 50%.

 

NEXEA, bersama sebuah yang termasuk lebih daripada 30 orang pelabur dan mentor telah membiayai lebih daripada 35 buah startup, menghimpun dan menjana hasil yang disatukan lebih daripada RM80 juta melalui program- programnya. Startup yang terkemuka seperti Lapasar dan Plush Services merupakan contoh kejayaan hebat daripada program "accelerator". Mereka telah berjaya untuk menjana hasil dan bakal menjadi peneraju utama dalam industri masing-masing.

 

Jika perniagaan anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi kejayaan yang besar, jangan tunggu lagi! Daftar sekarang! Portal pendaftaran untuk peringkat awal "Malaysian Startup Accelerator Program" mulai sekarang hingga 31 Mei 2019. Ini merupakan masa yang sangat mengujakan di dunia teknologi startup dan kami mengalu --alukan para ahli inovasi dan usahawan yang ingin menyelesaikan masalah yang mencabar dan memberi impak positif kepada cara hidup kita.

 

Untuk maklumat lanjut tentang NEXEA dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari https://www.nexea.co/.



The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

NEXEA

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

15 May 2019

Past Press Releases

MORE
#Business #Advertising, Marketing & Public Relations

12 January 2023

NEXEA and Digital News Asia (DNA) To Organize DisruptInvest Summit

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW