View in : 中文(CN)  
 
SOURCE: QBE Insurance
11th August 2017

QBE Melantik Chris Kurinsky Sebagai CEO Baru di Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - Ogos 11, 2017 - QBE mengumumkan pelantikan Chris Kurinsky sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi QBE Insurance (Malaysia) Berhad.

 



Sebagai CEO, Chris akan bertanggungjawab dalam perniagaan QBE di seluruh Malaysia. Beliau akan terus meningkatkan keuntungan syarikat di dalam negara dan syer syarikat dalam perniagaan khusus, komersial, SME dan persendirian melalui inisiatif dan perkongsian.

 

Mark Lingafelter, Pengarah Urusan QBE Asia Pasifik, berkata: "Kami mengalu-alukan kehadiran Chris ke QBE. Pengalaman beliau dalam sektor insurans Malaysia dan kepakaran beliau dalam bidang pengunderaitan, pengedaran, insurans semula, dan perancangan strategik akan dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi jumlah pelanggan kami di dalam pasaran yang dinamik ini. Perniagaan di Malaysia yang akan diterajui oleh Chris adalah satu bahagian yang penting dalam Bahagian "Emerging Markets" kami dan ianya akan kekal sebagai bahagian utama dalam strategi bagi meningkatkan keuntungan kami." 

 

Sebelum menyertai QBE, Chris merupakan Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan  serta Bahagian Pengguna, bagi Syarikat Chubb Insurance di China. Sebelum menjawat jawatan tersebut,Chris telah menjadi Pengurus Besar bahagian pengguna bagi Syarikat Chubb Insurance di Malaysia, dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang persekitaran insurans di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman dalam perniagaan insurans selama 20 tahun dan beliau pernah bekerja dalam pelbagai  jawatan di China, Malaysia, Thailand, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Amerika Latin.


QBE Emerging Markets

QBE Emerging Markets membentuk sebahagian daripada QBE Insurance Group Limited, salah satu daripada 20 syarikat insurans terkemuka di seluruh dunia. Keputusan penuh tahun 2016 bagi  Kumpulan QBE Insurance boleh didapati di www.group.qbe.com. Beribu pejabat di Sydney, Australia, QBE beroperasi di 37 negara dan wilayah di serata dunia dan mewakili setiap pasaran insurans yang utama. Bahagian Pasaran Memuncul beroperasi dalam 22 pasaran di Asia Pasifik dan Amerika Latin.  

 




Gallery


  •  

Highlighted Links
Related News