KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 Oktober
2019 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah
berkerjasama dengan dermawan berhati mulia, Sujana Mohd Rejab, untuk
membolehkannya mereka bentuk dan membina anggota badan prostetik kawalan
elektronik untuk tiga mangsa kemalangan jalan raya.
Sujana, seorang bekas
guru yang sekarang menjalankan perniagaan percetakan 3D di Perak, mempelajari
sendiri teknik untuk membina anggota badan prostetik (anggota palsu) selepas
menjalankan penyelidikan dalam talian dan membeli beberapa perisian Reka Bentuk
Bantuan Komputer (CAD), dan juga mesin percetakan 3D. Sejak beberapa tahun yang
lalu, beliau telah menghasilkan lebih 50 anggota badan prostetik untuk
kanak-kanak yang memerlukan -- tetapi kebanyakannya merupakan anggota badan prostetik
manual kerana anggota badan prostetik dengan kawalan elektronik yang lebih
besar adalah lebih mahal untuk dihasilkan.
Selari dengan sokongan
korporatnya kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu --
khususnya SDG3 (memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua
di semua peringkat umur), dan komitmen berterusannya kepada keselamatan jalan
raya, MSIG sebagai salah sebuah syarikat insurans motor yang terkenal di
Malaysia mengambil keputusan untuk memberi sokongan dan sumber tambahan kepada Sujana
untuk membolehkannya membina tiga anggota badan prostetik khusus untuk tiga
rakyat Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya. MSIG percaya bahawa
sokongan mereka untuk tujuan ini bukan sahaja membawa perubahan bermakna ke dalam hidup tiga
penerima yang mendapat manfaat secara langsung, tetapi juga akan mengingatkan
rakyat Malaysia akan pentingnya keselamatan di jalan raya.
Tiga penerima
bertuah ini telah dipilih oleh Sujana daripada banyak permintaan yang diterima
selepas mencipta nama dalam bidang ini. Mereka termasuk En. Mohamad Safian bin
Abdullah, tukang cuci berumur 27 tahun dari Johor, yang telah kehilangan lengan
kanan dalam kemalangan motosikal tujuh tahun dahulu; dan En. Mukhtar bin Mahmud,
bekas guru berusia 63 tahun dari Negeri Sembilan, yang juga telah kehilangan
lengan kanannya dalam kemalangan kereta baru dua tahun lepas.
Proses membina
anggota badan prostetik amat rumit dan memakan masa. Proses bermula dengan
Sujana bertemu dengan penerima untuk mengambil ukuran secara terperinci yang
kemudian dimasukkan ke dalam komputer. Sebaik sahaja proses ini dilakukan, Sujana
memulakan proses pengeluaran bahagian-bahagian yang perlu dengan menggunakan
pencetak 3D dan memasang semua bahagian menjadi anggota prostetik yang lengkap.
Selepas itu, satu lagi pertemuan perlu diadakan dengan penerima untuk sesi
pemasangan dan ujian anggota badan prostetik tersebut, bagi membolehkan anggota
badan prostetik diperhalusi dan disempurnakan menurut keperluan penerima. Proses
ini boleh mengambil masa selama beberapa bulan, lebih-lebih lagi kerana Sujana perlu
bertemu penerima (yang berasal dari berlainan tempat di Malaysia) secara
bersemuka.
MSIG ialah penaja
korporat pertama yang memberikan sumbangan secara langsung kepada pembikinan anggota
badan prostetik kawalan elektronik ciptaan Sujana. Beliau berharap untuk
mendapat sokongan berterusan daripada syarikat korporat seperti MSIG bagi membolehkannya
menggiatkan lagi usaha membantu mereka yang memerlukan.
Ketua Pegawai
Eksekutif MSIG Malaysia, Encik Chua Seck Guan, berkata, "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Sujana Mohd Rejab dalam
projek ini. Beliau adalah seorang yang berwawasan dan inovatif, sentiasa
mengambil berat dan bersedia untuk membantu -- dan kami teruja kerana dapat
membantu beliau melakukan ini."
Menurut Encik Chua lagi, "Kami harap sokongan kami kepada Sujana dapat
membantu mengetengahkan isu keselamatan jalan raya di Malaysia. Sebanyak 548,598
kemalangan jalan raya dilaporkan pada 2018, kedua paling tinggi di rantau ini.
Angka ini menunjukkan kenaikan 12% sejak 2015. Sebagai salah sebuah syarikat
insurans motor yang terulung di Malaysia, kami mahu menggalakkan orang ramai berhati-hati
dan menjaga keselamatan semasa menggunakan jalan raya. Kemalangan jalan raya
boleh membawa maut dan jika tidak sekalipun, tetap boleh membawa kesan serius
dan menjejaskan kehidupan orang ramai. Sungguhpun kami berharap sokongan kami
kepada Sujana akan menambah baik kualiti hidup penerima, kami benar-benar ingin
menyebarkan mesej tentang keselamatan jalan raya dan mengelakkan orang ramai
terjebak ke dalam situasi ini."
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.