Pilihan kandungan 1,648 responden di enam negara Asia Tenggara – termasuk Malaysia – membuka pelbagai peluang khusus bagi pencipta kandungan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 12 September 2019 - Ruder Finn hari ini mengumumkan keputusan daripada kajian terbaharunya bertajuk, "Entertain Me. Inform Me. Inspire Me. Feed Me: How to Satisfy Southeast Asia With Your Content" (Hiburanku, Sumber Maklumatku, Inspirasiku, Sajianku: Bagaimana Memuaskan Asia Tenggara Dengan Kandunganmu). Tinjau selidik ini, yang melibatkan 1,648 responden -- dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam -- memberikan maklumat terperinci tentang kandungan dalam talian yang dipilih, dinikmati, dikongsi dan diyakini pengguna. Responden Malaysia merangkumi 16 peratus daripada saiz sampel.

 

Satu maklum balas positif daripada tinjauan bagi pencipta kandungan yang ingin berhubung dengan khalayak umum di Malaysia ialah 69 peratus daripada pengguna tempatan yang ditinjau selidik berkata mereka membuat pembelian produk yang tidak dirancang akibat dorongan daripada kandungan dalam talian.  Tiga sebab utama pengguna Malaysia terpengaruh untuk membeli: 1) maklumat terperinci tentang produk atau perkhidmatan disediakan dalam kandungan; 2) kandungan menawarkan insentif atau promosi dan 3) kandungan menarik dari segi visual.

 

Pengguna di Malaysia memang berselera untuk menikmati kandungan yang disajikan, kerana 56 peratus mahukan lebih banyak kandungan bersifat hiburan; 56 peratus mahukan kandungan yang memaklumkan dan mendidik; dan 50 peratus mahukan lebih banyak bantuan dan nasihat -- angka ini lebih tinggi daripada purata serantau. Di samping itu, 54 peratus mahukan kandungan daripada jenama antarabangsa berbanding kandungan tempatan (iaitu, berasaskan negara). Di samping itu, 71 peratus pengguna mahukan kandungan daripada jenama yang lebih "jujur" dan "sebenar."

 

"Jelas bahawa pengguna di Malaysia terbuka kepada, berminat dalam dan didorong oleh kandungan jenama, dan syarikat hendaklah mengaitkan kandungan dengan jenama mereka," kata Martin Alintuck, pengarah urusan, Asia Tenggara bagi Ruder Finn. "Kerja yang dilakukan oleh jenama berkisar pada aspek memastikan kandungan mereka mencipta persepsi dalam kalangan pengguna tentang kesahihan, kejujuran dan realiti."

 

Walaupun terdapat pandangan bahawa video adalah "raja segala kandungan", kajian ini mendapati bahawa separuh daripada pengguna (51 peratus) lebih suka membaca kandungan daripada menonton. Sebahagian besar -- 73 peratus -- mahukan kandungan yang "boleh dihadamkan" supaya mereka kembali untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Di samping itu, 86 peratus lebih suka menerima kandungan berasaskan "fakta" berbanding kandungan "beremosi".

 

"Hasil tinjauan mendapati jenama perlu mengimbangkan keperluan emosi pengguna dengan perkongsian maklumat relevan untuk mempengaruhi keputusan pembelian," kata Alintuck. "Pada masa yang sama, pengguna mahukan kesinambungan cerita atau aliran kandungan yang membawakan mereka kembali kepada maklumat dan tempat kebiasaan mereka. Malah mereka bukan sahaja sanggup menonton kandungan tetapi juga membaca sekali."

 

Kajian Ruder Finn mengenal pasti 10 pilihan kandungan utama di enam negara Asia Tenggara tersebut, yang mengikut keutamaan iaitu kandungan yang 1) menghiburkan atau menyeronokkan, 2) mengajar sesuatu yang baharu, 3) topik yang amat diminati oleh pengguna, 4) sentiasa dikemas kini dan memaklumkan pengguna, 5) dianggap sebagai diyakini, 6) menarik dari segi visual, 7) sebahagian daripada kisah yang sedang berlaku, 8) memberi ganjaran kepada pengguna, 9) menawarkan jualan atau promosi 10) membuatkan pengguna rasa mereka sebahagian daripada komuniti.

 

Seramai 1,648 responden menyertai kajian ini menerusi tinjau selidik dalam talian. Terdapat 259 responden berpangkalan di Malaysia. Peserta dalam kajian keseluruhan berusia antara 18 hingga 35 tahun dan meliputi nisbah hampir sama rata antara lelaki (49 peratus) dan wanita (51 peratus). Responden terutamanya terdiri daripada pekerja sepenuh masa (70 peratus).

 

Layari www.ruderfinnsea.com/research untuk memuat turun "Entertain Me. Inform Me. Inspire Me. Feed Me: How to Satisfy Southeast Asia With Your Content" dan dapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, pilihan dan jangkaan Asia Tenggara.


Talk to Media OutReach today

Let Media OutReach help you achieve your communication goals. Send an email to info@media-outreach.com or click below. You will receive a response within 24 hours.

Contact us now